Connect with us

Semasa

Video Seorang B4nduan Positif C0vid, Lebih 800 Kakitangan Penjar4 Sungai Buloh Disaring KKM

Published

on

TERDAPAT pertambahan 51 kes pulih dan dibenarkan discaj daripada hospital dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari, hari ini.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 terus meningkat kepada 6,404 kes dengan kadar kesembuhan 81.51 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 38 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan dan merekodkan 7,857 kes positif keseluruhan.

Beliau berkata, 38 kes baharu dilaporkan itu membabitkan 26 kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan dikuarantin sebaik tiba di negara ini.

Katanya, daripada 12 kes penularan tempatan, enam kes adalah bukan warganegara Malaysia manakala enam kes lagi membabitkan warganegara Malaysia.

“Sehubungan itu, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 sebanyak 1,338 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan.

“Sehingga kini, lapan kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media harian berkaitan Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, tiada kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah 115 kes iaitu 1.46 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Video Seorang B4nduan Positif Covid, Lebih 800 Kakitangan Disaring KKM

KAKITANGAN Penjara Sungai Buloh dan 800 b4nduan di penj4ra itu akan disaring susulan seorang bekas b4nduan warga asing didapati positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bekas banduan itu menjalani hukum4n penj4ra di situ pada 2016 sebelum dibebaskan pada 13 Mac lalu.

Menurutnya, lelaki itu didapati positif Covid-19 dan sudah dipindahkan ke Depoh Tah4nan Imigresen (DTI) Semenyih.

“Kita akan lihat kontak rapat dan akan saring, malah Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak menjalankan saringan ke atas kakitangan penj4ra itu serta 800 tahanan (banduan).

“Ia dalam proses tindakan kita sekarang ini,” katanya pada sidang media harian berkaitan Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kes banduan Penjara Sungai Buloh didapati positif Covid-19.

KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan

Punca Peningkatan kes warga asing Dikenal Pasti

Peningkatan kes koronavirus (Covid-19) membabitkan warga asing merupakan cabaran baharu yang perlu ditangani bersama.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, warga asing tidak harus disisih malahan rakyat diseru membantu mereka bagi mengurangkan penularan Covid-19 di negara ini.

“Saban tahun, pergaulan dan percampuran rakyat Malaysia dengan golongan warga asing sememangnya terhad namun kehadiran mereka telah turut membantu dalam memperkasa ekonomi di negara kita.

“Sewajarnya, kita perlu mengenal pasti dan mencari cara penyelesaian bagi menangani isu penularan Covid-19 di kalangan mereka ini,” katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini hanya seorang rakyat Malaysia iaitu kakitangan pentadbiran di pusat tahanan tersebut yang didapati positif wabak berkenaan manakala selebihnya warga asing.

“Kluster DTI Bukit Jalil merekodkan 283 kes positif daripada 1,545 sampel yang diambil dan DTI Semenyih, 66 positif termasuk seorang kakitangan pusat tahanan itu.

“Kluster DTI Sepang, merekodkan 36 kes positif daripada 1,477 sampel yang diambil dan dua kes positif dikesan di Depot Tahanan Sementara Imigresen (DTSI) Putrajaya,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Ditanya sama ada DTSI Putrajaya turut diklasifikasikan sebagai kluster baharu, Dr Noor Hisham menjelaskan setakat ini belum diletakkan dalam kategori tersebut.

“Kita kesan ada dua kes positif di situ dan setakat ini kita belum klusterkan (DTSI) tetapi kita tengah kaji dari mana punca jangkitan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan seramai 26 PATI positif Covid-19 yang sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh akan dipindahkan semula ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Katanya, ia susulan insiden seorang daripada mereka melarikan diri daripada wad namun berjaya ditahan semula pagi semalam.

“Atas faktor keselamatan, 26 PATI itu akan dimasukkan semula ke MAEPS kerana pusat itu mempunyai kawalan sistem keselamatan yang ketat.

“Hanya rakyat tempatan dan pekerja asing yang mempunyai permit kerja yang sah sahaja akan ditempatkan di Hospital Sungai Buloh untuk rawatan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan bekerjasama rapat dengan pihak polis dan pegawai Imigresen untuk menyiasat bagaimana lelaki itu dapat melarikan diri daripada wad.

“Kita juga akan meningkatkan sistem kawalan keselamatan di MAEPS selain memberi tumpuan untuk sediakan rawatan terbaik kepada mereka di situ,” katanya.

Sumber : gstv

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending