Connect with us

Semasa

PM tiba ke mesyuarat tergemp4r Bers4tu,Ia Ada Kaitan Dengan Tun M

Published

on

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) di Jalan Susur Damansara bagi menghadiri mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berlangsung malam ini.

Kenderaan rasmi Presiden merangkap pemangku Pengerusi Bersatu itu tiba pada jam 8.25 malam.

Terdahulu berdasarkan notis mesyuarat yang tersebar, mesyuarat dijadualkan berlangsung pada jam 8.30 malam.

Muhyiddin tiba di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) di Jalan Susur Damansara bagi menghadiri mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berlangsung malam ini.

Rumah Kelab PAUM menjadi tumpuan media sejak jam 6 petang lagi namun warga media tidak dibenarkan masuk dan hanya berada di pekarangan kawasan tersebut.

Mesyuarat tersebut did4kwa akan memuktamadkan penyingkiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan sekutunya dari parti itu.

Selain itu, perbincangan untuk Bersatu kembali menyertai UMNO juga dikatakan menjadi agenda utama mesyuarat berkenaan.

Sumber : sinarharian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending