Connect with us

Semasa

“Saya nak Minta Bantuan Selalu Pun Rasa Malu..” Akhirnya Penangan PKP Terpaksa Makan Nasi Berlauk Kicap

Published

on

MAKAN nasi hanya berlaukkan kicap selain biskut bagi mengalas perut antara dugaan dihadapi sebuah keluarga di Kampung Jiboi Ampangan, di Seremban, yang terputus bekalan makanan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Aminah Abdullah, 32, berkata, keluarganya terputus bekalan makanan apabila PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu bagi menangani penularan wabak Covid-19.

Ibu kepada sembilan anak berusia satu hingga 15 tahun itu berkata, suaminya, Ahmad Hassan, 46, hanya bekerja kampung dengan jumlah pendapatan tidak menentu.

Menurutnya, bagaimanapun sejak PKP, suaminya sukar meneruskan urusan harian sekali gus menyebabkan bekalan makanan keluarga terjejas.

“Walaupun ada beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ketua kampung yang tampil menghulurkan bantuan makanan asas terutama pada Ramadan lalu, namun ada ketikanya bekalan itu tidak mencukupi sehingga keperluan terputus.

“Keadaan itu menyebabkan ada ketikanya anak-anak terpaksa makan nasi hanya berlaukkan kicap selain kadangkala makan biskut bagi mengalas perut.

“Saya nak minta bantuan selalu pun rasa malu kerana orang akan kata bantuan baru saja diberi, tapi demi kepentingan anak-anak, saya terpaksa lakukan (minta bantuan),” katanya yang ditemui ketika sukarelawan Persatuan Belia Dinamik Barat Seremban (PBDB) menyampaikan bantuan makanan asas kepada keluarganya, hari ini.

Aminah yang menghidap penyakit kulit kronik berkata, dia tidak menerima bantuan kewangan daripada mana-mana agensi kecuali Bantuan Kanak-Kanak sebanyak RM400 sebulan yang diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Dia yang juga saudara baru dan tidak bekerja berkata, selain itu, Perbadanan Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan turut menyalurkan sumbangan bahan keperluan dapur setiap tiga bulan sekali.

“Berikutan kesukaran yang saya hadapi ini, saya terpaksa menagih simpati orang ramai demi kepentingan anak-anak.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak yang sudi membantu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PBDB Zaharuddin Abdul Majid berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kesusahan dihadapi keluarga terbabit yang terputus bekalan makanan menerusi Facebook.

Menurutnya, selain makanan, Aminah memberitahu keluarganya memerlukan lampin pakai buang bagi anak bongsunya.

Katanya, pihaknya mengambil tindakan dengan menghulurkan bantuan barangan keperluan asas seperti beras, telur, biskut, bihun, tepung, gula, susu, minyak masak serta lampin pakai buang kepada keluarga terbabit.

“Tambahan pula, kami bersama NGO Belia Malaysia sedang dalam misi mengagihkan bantuan Covid-19 kepada keluarga yang terkesan dengan PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di sekitar negeri ini,” katanya.

Sumber : hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending