Connect with us

Semasa

Abu Syafiq cakap nak saman, Sekali Amin Idiris sound “Cakap kosong saja’

Published

on

PENGACARA dan penceramah motivasi, Amin Idris, 39, mengganggap tindakan Ustaz Abu Syafiq yang memintanya membuat permohonan maaf serta menuntut ganti rvgi berjumlah RM1 juta sebagai cakap kosong sahaja.

Menerusi kiriman di Instagramnya, Amin berkata, walaupun sudah menerima dua LOD (Letter of Demand), sehingga hari ini (5 jun) dia belum menerima apa-apa surat dari mahkamah menyatakan tarikh sebutan kes terbabit.

“LOD pertama dihantar pada 24 April dan saya dapat tahu peguam Abu Shafiq failkan saman di mahkamah pun melalui berita Malaysiakini bertarikh 7 Mei.

“Tapi masih tiada informasi dari mahkamah. Tiba-tiba datang LOD kedua pula pada 15 Mei. Itu pun pada awalnya tak cukup muka surat sampai saya terpaksa telefon pejabat peguam Abu Shafiq untuk hantar semula yang cukup muka surat.

“LOD kedua menuntut saya sekali lagi MINTA MAAF, DELETE POSTING dan BAYAR 1 JUTA dalam tempoh 3 hari. Saya konsisten tidak akan tunduk. Sekali lagi, tiada surat sebutan tarikh dari mahkamah walaupun sudah 22 hari!,” katanya.

Amin yang mengendalikan program The Amin Idris Show berkata, peguamnya Azmir Zakaria sudah beberapa kali menghubungi pejabat peguam Abu Shafiq bagi bertanyakan perkara ini.

“Yang kelakarnya, kakitangan peguamnya tidak ada apa-apa maklumat terkini berkaitan kes.

“Berkenaan laporan polis pula, masih dalam siasatan. Dan masih juga menunggu respon dari SKMM.

“Justeru, saya anggap Abu Shafiq TIDAK SERIUS, main-main dan sekadar nak ugut untuk saman saya dengan harapan saya akan cuak, takut dan kecut. Lalu delete posting kritikan saya terhadapnya,” katanya.

Amin mengakui Abu Syafiq tersilap membuat perhitungan dengan orang yang salah kerana dirinya AIKOLIAN (lulusan undang-undang UIA).

“Jangan main-main dengan saya dalam soal undang-undang. Pengajarannya wahai Abu Shafiq, dah-dah la kau mengata orang, f1itnah orang, satu Malaysia tahu kes kau fitnah orang dan akhirnya kau yang minta maaf.

“Satu Malaysia tahu tahu kau burukkan nama Ahli Sunnah wal Jamaah. Maka sudah tiba masanya kau insaf, berhenti dari perangai buruk tersebut.
“Baguslah kalau nak fokus menoreh getah dan jahit jubah wanita. Berdakwahlah dengan melihatkan keindahan Islam sebagai agama kasih sayang, bukannya prejudis menyesatkan manusia sana-sini,” katanya.

Tidak ketinggalan Amin melahirkan terima kasihnya kepada rakyat Malaysia dan warganet serta penyokongnya selama ini.
“Doakan saya dalam kebaikan dan doakan Abu Shafiq dilembutkan hati jadi manusia lebih baik.

“Ini mungkin posting saya yang terakhir tentang isu ini. Namun tak bererti saya akan berhenti kritik Abu Shafiq,” katanya..

Konflik membabitkan mereka tercetus apabila Amin memuat naik status di laman sosial baru-baru ini membabitkan isu dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Liew yang dianggap menjatuhkan reputasi Abu Syafiq sehingga beliau mengambil tindakan ini.

Berikut pula status dimuat naik Abu Syafiq empat hari yang lepas

KES SMAN FITN4H USTAZ ABU SYAFIQ AHLI SUNNAH vs PEMFITN4H-PEMFITN4H

1- Alhamdulillah dan Insya Allah hari ini akan bermula beberapa Kes Saman Fitnah saya keatas beberapa individu di beberapa buah Mahkamah Tinggi. Begitu juga beberapa pihak akan dibawa ke Mahkamah apabila ditentukan tarikh mereka kelak. Saman fitnah saya keatas mereka adalah bertujuan mempertahankan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan kebenaran. Kita boleh berlainan pandangan namun jangan sampai memfitn4h.

2- Sebelum saya bawa ke Mahkamah saya ada berbicara atau menghubungi pemfitnah-pemfitnah keatas saya yang saya sempat. Alhamdulillah sangat ramai diantara mereka menarik balik fitnah mereka keatas saya dan memadam post salah yang mereka keluarkan serta mereka memohon maaf kepada saya. Terlalu ramai yang bersifat rendah diri dan akur serta bersikap profesional dengan melaksanakan apa yang sepatutnya. Antara mereka yang menarik balik dan memohon maaf adalah Pegawai bekas Menteri Agama dan Pegawai Penerangan Bekas Menteri Kewangan dan ramai lagi.

3- Walaupun saya berbeza dengan mereka dari sudut politik namun mereka berbesar hati memadam dan memohon maaf. Hanya segelintir kecil pemfitnah yang berkeras untuk teruskan fitn4h mereka keatas saya walaupun jelas mereka tiada bukti kukuh selain khabar angin yang bakal memakan diri. Mereka ini bakal dihadapkan ke Mahkamah. Bahkan Mahkamah akhirat juga saya akan tuntut.

Doakan saya dan berhati-hati.Wassalam. – Ustaz Abu Syafiq

Sumber : MB

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending