Connect with us

Hiburan

“Kenapa dia?” – Netizen Pertikai Ahmad Idham Dilantik Jadi CEO FINAS

Published

on

Sejak tahun lalu, pelbagai kontroversi melanda Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) khususnya berkait dengan pelakon dan pengarah yang cukup terkenal suatu masa dulu — Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Isu beliau ‘direhatkan’ ketika memegang jawatan Ketua Pengarah Eksekutif FINAS menjadi bualan banyak pihak, dan Lobak Merah juga pernah mengeluarkan artikel mengenai perkara itu pada penghujung tahun lalu.

Kali ini nama Ahmad Idham kembali disebut netizen, apabila media melaporkan beliau telah dilantik semula menjadi teraju agensi itu untuk tempoh sehingga 6 Jun 2022.

Namun bukan ucapan tahniah yang mengiringi khabar pelantikan tersebut.

Netizen sebaliknya mempertikaikan mengapa beliau yang dilantik semula, sedangkan banyak lagi nama-nama besar dalam industri perfileman yang dilihat lebih berkaliber untuk menjawat jawatan tersebut.

Malaysia Gazette melaporkan, pengarah filem itu sebelum ini direhatkan daripada tugasnya selama sebulan pada Disember tahun lalu — sebelum meneruskan tugasnya semula sebagai CEO FINAS pada awal Januari.

FINAS kemudian memaklumkan, Ahmad Idham meninggalkan jawatannya pada 10 Mac lalu selepas memohon agar kontraknya dipendekkan atas sebab-sebab peribadi.

Sumber : lobakmerah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending