Connect with us

Semasa

PKPB Sambung Atau Tidak?

Published

on

Persoalan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan atau tidak, dijangka diketahui hari ini menerusi perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengumuman yang bakal disampaikan itu tepat pada masanya memandangkan tempoh PKPB yang bermula 4 Mei lalu akan berakhir dua hari lagi iaitu pada 9 Jun.

Jika diimbas, sejak PKP dilaksanakan 18 Mac lalu dengan hanya perkhidmatan perlu dibenarkan, kerajaan kemudian memberi kelonggaran secara berperingkat kepada lebih banyak sektor ekonomi untuk beroperasi.

Terbaharu adalah perkhidmatan gunting, dandanan rambut dan kecantikan yang dibenarkan beroperasi mulai 10 Jun seperti yang diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media semalam.

Semestinya ia berita gembira untuk masyarakat, apatah lagi buat kaum Adam yang sering tertanya-tanya bilakah kedai gunting rambut akan dibuka. Mana tidaknya, lebih dua bulan tidak mendapat sentuhan pendandan rambut, pelbagai ‘gaya’ dapat dilihat dalam kalangan mereka sehingga ada yang menggunakan khidmat isteri sendiri untuk menggunting rambut.

Bagi wanita pula, khidmat kecantikan termasuk merias dan merawat kuku serta solekan dan rawatan muka juga dibenarkan beroperasi bermula pada tarikh sama.

Selain itu, peniaga di pasar terbuka, pasar pagi dan pasar malam serta bazaria di Wilayah Persekutuan kini boleh menarik nafas lega apabila premis berkenaan dibenarkan beroperasi mulai 15 Jun, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Sama ada PKPB disambung atau tidak, normal baharu yang telah diamalkan sekarang seperti penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka dan penjagaan kebersihan termasuk kerap mencuci tangan tetap perlu diteruskan bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19.

Selain itu, elakkan tempat sesak, kawasan sempit dan elak sembang atau bertutur dengan jarak dekat seperti yang dinasihatkan oleh ‘jeneral perang Covid-19’, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah setiap hari.

Setakat semalam, jumlah jangkitan kes baharu positif Covid-19 masih kekal dua angka iaitu 37 kes dengan 10 kes membabitkan warganegara Malaysia.

Antara komen komen netizen rata rata suruh sambung tapi perlu ada kelonggaran secara perlahan lahan

Sambung je biar betul2 tiada orang yg dijangkiti baru bolih bebas..

Dlm fasa pemulihan pun rsnya kna smbung lg 2 mgu. Demi keselamatan & kesejahteraan rakyat. Mgkn PKPD sbb dh fasa terakhir. Sabar & bykkan berdoa semoga dipermudahkan.

Nak sambung lagi pun tkde masalah.. apalagi dh terbiasa mkn,minum,tidur ni.. dan rasa nk kerja pun dh malas laa utk tahun ni..tapi segala bantuan tu kena bagi laa..cthnya BPN rm1600 dh ditunaikan sblm ni..jadi selepas ni tambah la lagi rm1600 tu 2 bulan lagi lepas tu 2 bulan lagi sampai vaksin ditemui…lepas tu bantuan makanan kena htr tiap2 bulan..

Yang paling penting pergerakan antara negeri dibatalkan bagi merancakkan semula ekonomi negara terutamanya dalam sektor pelancongan yang teruk terjejas dan ramai hilang punca pencarian termasuklah pakcik2 yang kayuh beca kat Melaka tu..

selagi vaksin yg betul2 berkesan ditermui patut pkpb disambung sebah klo pkpb tida disambung memang byk orng tida ikut sdh sop2 yg dibuat kerjaan lgi pn ini wabak sgt mudah berjangkit dn bila2 kes meningkat klo tempah kawalan yg ketat dri phak betkuasa

Sambung lagi PKPB…biar di longgarkan sedikit demi sedikit.tapi SOP kena jaga..rentas negeri di benarkan..biar rakyat malaysia jalani norma baru kehidupan..Amalan kebersihan terjaga..

Sumber : hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending