Connect with us

Semasa

Beg Tangan Rosak, Rosmah Mahu Kerajaan Bayar Ganti Rvgi Atau Gantikan Dengan Yang Baharu

Published

on

Salah satu rahsia yang dibongkarkan dalam sk4ndal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah koleksi beg tangan mewah Datin Seri Rosmah Mansor yang dir4mpas semasa serbuan di rumah bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Terbaharu, menurut Sinar Harian, beg tangan berjenama yang bernilai jutaan ringgit  telah dirosakkan secara cua1 oleh pihak polis semasa mengendalikan barang-barang tersebut.

Peguam yang mewakili Najib dan Rosmah, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, ker0sakan pada beg tangan itu disedari semasa pemeriksaan barang yang dilakukan di Bank Negara. Pemeriksaan dibuat oleh Najib, Rosmah dan anak perempuan mereka, Nooryana Najwa.

“Beg berharga jutaan ringgit r0sak kerana ia ditanda secara terus, ia menunjukkan pihak berkuasa lalai dalam menjalankan tugas terhadap barangan terbabit.

“Sudahlah anak guam saya tidak diberi peluang untuk berada di lokasi ketika kesemua barangan dir4mpas, proses peny1taan dilakukan secara tidak teratur,” katanya.

Ketika prosiding permohonan melucut hak harta di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin di sini semalam, Shafee menambah bahawa pihak polis telah menyebabkan kerug1an berjuta-juta ringgit disebabkan kecua1an mereka mengendalikan beg tangan tersebut.

“Sekarang kerajaan harus bertanggungjawab untuk membayar ker0sakan atau mengganti balik produk,” katanya seperti yang dilaporkan oleh South China Morning Post.

Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin menolak tuntutan itu dan mengatakan bahawa semua barangan tersebut telah didokumentasikan mengikut prosiding.

Dia juga menambah bahawa dakwaan mengatakan barang-barang yang dir4mpas telah rosak adalah tidak tepat kerana ia telah disimpan dengan selamat di peti besi yang berada di Bank Negara dan hanya boleh diakses oleh pegawai yang diberi kuasa.

Sumber : mediaviral

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending