Connect with us

Semasa

Rakyat perlu penjelasan teknik pengiraan bil elektrik oleh TNB – Timb. Menteri Sains & Teknologi

Published

on

KUALA TERENGGANU, 14 Jun- Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dimohon membuat semakan semula bil yang dibuat aduan bagi meredakan keres4han rakyat dan memberi penjelasan yang lebih mudah bagi membantu rakyat memahami teknik pengiraan bil elektrik yang melambung sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim berkata, jika ada kelem4han pada kaedah pengiraan sehingga berlaku tambahan beb4nan kepada pengguna yang bukan akibat penggunaan elektrik yang luar biasa.

Tetapi oleh kaedah pengiraan yang mengikut blok tarif ditentukan yang bertambah luar biasa kerana ia dijumlahkan untuk tiga bulan, mesti dicari jalan untuk menjadikan hasil kiraannya normal dan tidak luar biasa bebanannya kepada rakyat.

“Saya melihat dan mengikuti isu ini dengan teliti dan memahami rungotan rakyat khususnya dari kawasan parlimen saya di Kuala Terengganu. Pada pandangan saya ada kekeliruan dalam memahami teknik pengiraan bil elektrik sepanjang PKP.

“Rakyat menerima bil yang luar biasa lebih tinggi dari kebiasaan bulanan mereka. Bila jumlah bil untuk tiga bulan sepanjang PKP dibahagi kepada tiga bulan bagi mendapatkan purata sebulan, purata sebulan itu sangat ketara luar biasa tingginya berbanding bil bulanan yang biasa.

“Kerana itu rakyat perlukan penjelasan sama ada kemungkinan berlaku kesilapan teknikal oleh pihak TNB dalam melakukan pengiraan. Mungkin juga hanya sebahagian pengguna terlibat dan saya dimaklumkan mekanisme pengebilan ini juga telah disemak dan dipersetujui oleh Suruhanjaya Tenaga (Energy Commission of Malaysia),” ujarnya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook beliau.

Katanya yang juga merangkap Ahli Parlimen Kuala Terengganu, beliau juga maklum bahawa kerajaan sudah mengeluarkan beberapa solusi untuk meringankan beban rakyat antaranya TNB tidak mengenakan caj berlebihan kepada para pengguna, pelan bayaran mudah ansuran sehingga 31 Disember 2020 serta diskaun pakej Rangsangan Ekonomi untuk tempoh penggunaan mulai 1 April hingga 30 September 2020.

Justeru, beliau memohon orang ramai yang merasakan bil elektik mereka kurang munasabah dengan penggunaan supaya membuat aduan dan mendapatkan penjelasan daripada pihak TNB melalui talian khidmat pelanggan atau terus ke kaunter TNB.

Sumber : teganukita

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending