Connect with us

Semasa

Dexamethasone berhasil ubati pesakit Covid-19

Published

on

PARIS: Steroid jenis dexamethasone dipercayai membantu menyelamatkan satu pertiga daripada kes Covid-19 paling serius, berdasarkan keputusan percubaan yang dianggap sebagai penemuan terbesar dalam usaha memerangi wabak berkenaan.

Penyelidik yang diketuai pasukan dari Universiti Oxford itu menilai ubat berkenaan yang diberikan kepada lebih 2,000 pesakit Covid-19 yang tenat.

Pesakit yang hanya boleh bernafas dengan bantuan ventilator, pemberian dexamethasone mengurangkan risiko kem4tian kepada 35 peratus, dan mereka yang menerima bantuan oksigen, kadar kematian dapat dikurangkan kepada satu perlima.

Dos harian yang diberikan dapat mengelakkan kem4tian satu daripada lapan pesakit yang bergantung kepada ventilator selain menyelamatkan satu daripada 25 pesakit yang memerlukan bantuan oksigen, kata pasukan penyelidik itu.

“Dexamethasone adalah ubat pertama yang berjaya membuahkan hasil dalam menyelamatkan pesakit Covid-19. Ini adalah keputusan yang dinanti-nantikan,” kata Peter Horby, profesor dalam bidang penyakit berjangkit baharu di Jabatan Perubatan Nuffield, Universiti Oxford.

“Dexamethasone tidak mahal, mudah didapati dan boleh digunakan serta-merta untuk menyelamatkan nyawa di seluruh dunia,” katanya.

Sumber : hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending