Connect with us

Semasa

11 Hari Berturut-Turut Malaysia Catat Sifar Rekod Kem4tian Covid-19, Kes Aktif Hanya 208 Kes

Published

on

Hanya 4  kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 8,600 kes setakat Khamis (25 Jun 2020), jam 12 tengahari.

Menurut kemaskini daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),  oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyakl 208 kes dan mereka telah diasingkan diberi rawatan di hospital.

Daripada 4 kes baharu dilaporkan, tiga kes adalah kes import manakala satu kes merupakan kes tempatan.

Bagi kes sembuh di negara ini setakat jam 12 tengahari, sebanyak 40 kes positif jangkitan Covid-19 dilaporkan telah pulih dan dibenarkan keluar hospital.

Ianya sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan dibenarkan keluar hospital di Malaysia meningkat kepada 8,271 orang iaitu bersamaan dengan 96.17 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Selain itu, tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 di mana jumlah kumulatif kes kem4tian kekal sebanyak 121 kes atau 1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Malah, ia merupakan perkembangan positif apabila Malaysia dilaporkan telah mencatatkan tiada rekod kem4tian Covid-19 selama 11 hari berturut-turut di mana kematian terkahir dilaporkan pada 14 Jun lalu.

Sumber : siakapkeli

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending