Connect with us

Semasa

‘Ni Bukan Kereta Tapi Lori Kontena Tayar 10 Pulak Pandu Lawan Arus’.Bila Disiasat Bukan D4dah Tapi Sebab Lain

Published

on

PEMANDU kontena yang memandu melawan arus di Jalan Pelabuhan Barat, Selasa lalu hanya tersalah jalan, kata Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli.

Menurutnya, polis menerima laporan mengenai kejadian itu semalam dan siasatan dilakukan mendapati pemandu berusia 46 tahun tidak sengaja memandu melawan arus.

“Kejadian pada 3.44 petang Selasa lalu dan pemandu adalah warga tempatan memandu melawan arus di Jalan Pelabuhan Barat dari arah Westports menghala ke Pulau Indah.

“Bertindak atas maklumat, suspek diberkas di syarikatnya di Pelabuhan Barat mengikut Seksyen 28A Kanun Prosedur Jen4yah dan dibawa ke Balai Trafik Klang untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shamsul Amar berkata, siasatan mendapati suspek tersalah lorong selepas keluar dari Westports dan sukar berpatah balik.

“Disebabkan itu dia meneruskan pemanduannya. Ujian saringan dilakukan mendapati negatif d4dah dan dia tidak direman,” katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sejak dua hari lalu, video pemandu kontena memandu melawan arus tersebar di media sosial dan difahamkan dirakam dashcam kenderaan dari arah bertentangan.

 

Sumber :info

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending