Connect with us

Semasa

Keb4karan Hospital Sultanah Aminah ‘bukti’ Johor dianak tiri, kata TMJ

Published

on

PETALING JAYA: Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa negeri Johor dianaktirikan oleh kerajaan persekutuan susulan insiden kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA) petang tadi.

Tunku Ismail berkata, sudah 4 tahun Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Raja Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan beliau sendiri menyuarakan keperluan untuk membina hospital baru dan menaik taraf hospital sedia ada di negeri itu
“Sampai bila negeri Johor dan anak-anak Johor dianaktirikan.

Kita bukan sahaja boleh melihat daripada sudut keperluan hospital, tetapi lihat pada keadaan lebuh raya di sini sahaja kita sudah tahu negeri Johor dianaktirikan.

“Bayangkan negeri Johor yang maju, yang banyak memberi sumbangan kepada ekonomi negara dan kerajaan persekutuan hanya ada 2 “lane” sahaja di lebuh raya.

“Berbanding dengan Melaka dan Negeri Sembilan yang tidak menyumbang seberapa banyak, saya menyeru kepada kerajaan Malaysia supaya mempercepatkan peningkatan kemudahan awam di negeri Johor demi rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu hari ini, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba mengesahkan kebkaran berlaku di wad perempuan hospital tersebut pada jam 3 petang dan kesemua 24 pesakit yang ditempatkan di situ dipindahkan dengan selamat.

Bernama melaporkan satu bakaran kecil berlaku di wad berkenaan dan berjaya dipadamkan oleh pasukan respons kecemasan (ERT) hospital itu, tetapi api marak semula selepas itu.

Pasukan Bomba dan Penyelamat yang tiba 5 minit kemudian berjaya memadamkan api 10 minit selepas itu.

Dilaporkan 10 daripada 24 pesakit terbabit dipindahkan ke Hospital Permai sementara pesakit lain dimasukkan ke wad lain hospital tersebut.

Dalam sidang media di lokasi, Adham berkata, punca kebakaran masih disiasat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Beliau berkata, pihaknya menunggu laporan forensik bagi menentukan sama ada terdapat persamaan dengan kebakaran yang berlaku di hospital sama pada 2016.

Dalam pada itu katanya, bangunan wad yang terbakar akan ditutup sehingga lampu hijau diberikan oleh bomba dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk dibuka semula.

Pada 2016 kebkaran berlaku di wad rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan dan mengakibatkan 6 kem4tian.

Sumber : FMT

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending