Connect with us

Semasa

Anak Minta Polis Penjar4kan Ibu Hanya Kerana ‘Sebuah Motosikal.’

Published

on

Anak Minta Polis Penj4rakan Ibu Hanya Kerana Sebuah Motosikal. | Hanya kerana sebuah motosikal, seorang lelaki tergamak membuat laporan polis dan mahu ibunya yang berusia 60 tahun dipenj4rakan.

Namun, pihak berkuasa menolak laporan pemuda berusia 40 tahun itu atas alasan ia tidak munasabah.

Ketua Siasatan Jenyah (Kasat Reskrim) Polis Lombok Tengah, Priyo Suhartono mengesahkan pihaknya menolak laporan pemuda itu.

Bagaimanapun, pihaknya berpendapat kes itu adalah konflik antara ahli keluarga.

“Saya tidak mahu terima (laporan) itu tetapi saya menyarankan masalah itu diselesaikan secara rundingan.

“Apatah lagi, masalah itu hanya salah faham berikutan motosikal itu digunakan saudaranya,” katanya dalam portal Tribune News.

Katanya, persengketaan dua beranak itu bermula daripada harta peninggalan ayah pemuda itu iaitu tanah yang bernilai 200 juta rupiah (RM60,217).

“Si anak menjual harta bapanya itu dan menyerahkan ibunya 15 juta rupiah (RM4,516) yang kemudiannya digunakan untuk membeli motosikal.

“Namun, ibunya meletakkan motosikalnya di rumah saudaranya sehingga wanita itu dituduh menyembunyikan kenderaan berkenaan.

“Pemuda itu tidak berpuas hati hanya kerana motosikal dibelikan ibunya itu turut digunakan saudaranya,” katanya.

Selepas mendapat tahu cerita sebenar, beliau menasihati pemuda itu yang membuat laporan polis.

“Mohon maaf, kalau anda (terlalu pentingkan) motosikal itu sampai perlu bertelagah dengan ibumu… maka harga dirimu (seperti) nilai kenderaan itu saja,” katanya dalam sebuah video yang tular.

Sumber : hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending