Connect with us

Semasa

Ayah Khabib Meningg4l Dunia, Dipercayai Akibat Komplikasi COVID-19

Published

on

Ayah peninju terkenal, Khabib Nurmagomedov; Abdulmanap dilaporkan telah meningg4l dunia pada usia 57 tahun, dipercayai akibat komplikasi COVID-19.

Arwah sebelum ini diserang sakit jantung selepas dijangkiti virus itu, sehingga memerlukan pembedahan kecemasan setelah dua kali koma sebelum disahkan meningg4l dunia di sebuah hospital di Moscow, Russia pagi tadi.

Berita kematiannya turut disahkan oleh keluarga rakannya, Ramzan Kadyrov serta ketua Republik Chechen, memetik laporan Mirror.
Pada waktu sepanjang dirawat di hospital sejak April lalu, pihak doktor memaklumkan bahawa kondisi kesihatannya agak serius tapi masih lagi stabil.

Namun keadaan tidak dijangka, kesihatan arwah semakin menurun dan kritikal hingga akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir.

Berdasarkan laporan Essentiallysports, pada awalnya Abdulmanap dilaporkan mengalami radang paru-paru.

Kemudian, arwah disahkan terkena serangan jantung terlebih dahulu kerana komplikasi dan ianya terbukti apabila terpaksa menjalani pembedahan kecemasan.

Arwah bertarung ny4wa kira-kira selama dua bulan dengan kondisi yang begitu lemah memaksa beliau diterbangkan ke Moscow untuk rawatan lanjutan.

Sehinggalah beberapa minggu selepasnya, beliau dilaporkan sudah tidak mendapat sokongan hidup (nyawa) selepas koma beberapa hari.

Sumber : siakapkeli

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending