Connect with us

Viral

“Abe Balik Deh,Ayang Tunggu Ni,Semua Sayangkan Abe” Walau Dah Jumpa Mayt Suami Luahan Siti Ayu Buat Ramai Sebak

Published

on

MESKIPUN reda dengan penemuan mayat suaminya, Arman Ismail, 43, hari ini, ia tidak dapat menghilangkan duka Siti Ayu Ishak, 30, yang baru semalam terpaksa menjalani pembedahan membuang kandungan luar rahim.

Ketika menanti ketibaan mayat arwah di Jeti Perikanan Kemasin, Bachok, yang menjadi pusat operasi mencari dan menyelamat (SAR), Siti Ayu cuba tenang dan tabah menghadapi ujian itu, namun dia dilihat beberapa kali menangis tidak dapat menahan sebak.

Sejak suaminya dilaporkan hilang Isnin lalu, Siti Ayu bersama tiga anaknya iaitu Adam, Aira dan Aisya berusia antara tiga hingga sembilan tahun, lazimnya setia menunggu di jeti itu seawal 7 pagi dan hanya akan pulang 6 petang sebaik operasi ditangguh.

Mngsa terakhir berjaya diketemukan

Cuma semalam, Siti Ayu tidak dapat ke sana untuk menunggu dan mendapatkan perkembangan terkini kehilangan suaminya itu kerana perlu menjalani pembedahan membuang kandungan luar rahim.

Ketika ketiadaannya di jeti itu, Siti Ayu sempat mencoretkan harapan untuk bertemu semula suami melalui hantaran di laman sosial Facebook miliknya dengan kata-kata dan harapan, Abe balik deh, Ayang tunggu ni, Abe kuat, semua orang sayangkan Abe, dan hari ini, semua itu sudah ‘terjawab’ selepas penemuan jasad suaminya.

Menurut ahli keluarga Siti Ayu yang enggan dikenali, arwah Arman tidak mengetahui isterinya mengandung.

Katanya, Siti Ayu mahu membuat kejutan kepada suaminya dan menunggu masa yang sesuai untuk memberitahu khabar gembira itu.

“Setahu saya, Siti hanya mengetahui dia mengandung beberapa hari sebelum kejadian bot terbalik berlaku,” katanya.

Katanya, Siti Ayu selepas dibenarkan pulang dari hospital pagi tadi, dia kembali ke rumah keluarga di Kampung Tok Sadang, Badang, Kota Bharu.

Difahamkan, wanita tabah ini bersama arwah suami menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti menjual tudung dan kerepek bagi menyara keluarga dan anak kecil mereka.

Arman, korban kelapan kejadian bot terbalik yang ditemui akhir sekali pada 2.20 petang hari ini, selepas mangsa ketujuh, Wadi Bakar, 44, ditemukan 10.30 pagi sebelum itu.

Sumber : hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending