Connect with us

Hiburan

“Bini Boleh Ganti Tapi..” – Sharnaaz Ahmad

Published

on

Meskipun berdepan kemelut rumah tangga, Sharnaaz Ahmad sanggup mengetepikan konfl1ik antaranya dengan isteri, Noor Nabila demi anak kesayangan mereka, Jebat Jayden.

Menyerahkan kepada mahk4mah mengenai status rumah tangganya, Sharnaaz berkata dia kini bahagia menjalani kehidupan memandangkan tiada lagi halangan untuk bertemu dengan anaknya.

“Selama ini saya fight untuk anak, tapi hari ini saya sudah dapat bersamanya semula tanpa sebarang halangan. Bagi saya hal anak ini keutamaan dan perkahwinan jatuh nombor dua,” katanya kepada mStar Online.

Kini meluangkan masa tiga kali sehari bertemu anaknya, Sharnaaz mengucapkan terima kasih kepada Nabila. Ujarnya, isteri boleh diganti tetapi anak tiada galang ganti.

“Saya bersyukur Nabila menjadi ibu kepada Jebat dan saya bersyukur kerana dapat jumpa Jebat masa halangan. Itu dah cukup buat saya seronok.

“Apabila Nabila beri keizinan saya berjumpa Jebat, saya dah cukup berterima kasih, kalau tidak saya rasa macam tak betul.

Isteri boleh cari baru tapi anak…

“Saya tak mahu Jebat rasa kehilangan seorang bapa. Demi Allah, apa saya buat ini semua hanya untuk anak. Isteri boleh ganti tapi anak tidak sama sekali,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Rotikaya

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending