Connect with us

Semasa

Kecoh Lelaki Bvnuh Kucing di Kedai Dobi. Wanita Berpurdah Ini Tampil Jelaskan Siapa Sebenarnya Suspek

Published

on

Semalam media sosial heboh dengan berita beserta klip rakaman CCTV seorang lelaki memasukkan tiga ekor kucing ke dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi.

Susulan itu, seorang wanita yang merupakan penduduk setempat yang mengenali lelaki terbabit tampil menjelaskan hal sebenar.

” Sebaik menyedari kejadian itu tular, saya yang bimbang lelaki kurang siuman terbabit kemungkinan diced3rakan terus keluar mencarinya di sekitar kawasan perumahan selepas Maghrib malam tadi,” kata Nur Hafizah Mohd Yusof, 38.

Dia individu yang menemui lelaki berusia 30-an yang membvnuh tiga kucing secara k3jam dengan ‘dilem4skan’ dalam tiga mesin basuh di sebuah kedai dobi layan diri di Kepong, semalam.

Nur Hafizah berkata, dia menyedari kejadian itu selepas gambar lelaki terbabit melakukan perbuatan itu tular dan turut dikongsi penduduk di Aman Puri.

Hidup gelandangan selepas kem4tian ibu bapa

Menurutnya, lelaki terbabit sebenarnya kurang siuman dan hidup gelandangan selama ini selepas kem4tian ibu bapanya.

” Dia kebiasaannya akan merayau dan berjalan kaki dari Aman Puri ke Taman Ehsan Kepong dan selalunya tidur di parkir di kawasan perumahan ini.

” Saya nekad mencarinya malam tadi kerana bimbang jika orang lain yang menemuinya kemungkinan dia akan dipukvl dan mujur menemuinya kira-kira 9 malam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, selepas menemuinya rakan saya, Azhar juga datang membantu dan membawanya ke rumah sebelum menghubungi polis.

” Ketika itu, dia langsung tidak bertindak agresif dan tidak lama kemudian polis datang sebelum empat pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar tiba kira-kira 12 tengah malam.

” Saya juga ada memberitahu kepada pegawai terbabit keadaan lelaki itu dan berharap dia dihantar ke hospital untuk pemeriksaan,” katanya.

Menurut Nur Hafizah, dia yang berpurdah dan berada di dalam salah satu gambar yang tular turut dikecam netizen selepas didakwa adalah isteri kepada lelaki berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kes ini disiasat mengikut Akta kebajikan Haiwan 2015.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Perkhidmatan Veterinar Dr Zainita Mohd Noor berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan.

Harian Metro semalam melaporkan luluh hati seorang wanita apabila melihat tiga kucing dibunvh k3jam dengan ‘dilem4skan’ dalam tiga mesin basuh di sebuah kedai dobi layan diri di Kepong.

Tindakan kej4m itu dipercayai dilakukan seorang lelaki berusia 30-an.

Hasil siasatan mendapati tiga kucing itu adalah kucing jalanan dan pihaknya turut menerima laporan daripada saksi kejadian itu.

Sumber : malaysiaunited

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending