Connect with us

Semasa

Sharnaaz, isteri sah bercer4i tapi kata kata Nabila pada Sharnaaz buat netizen terkedu

Published

on

KUALA LUMPUR – Rumah tangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila hanya mampu bertahan tiga tahun apabila pasangan itu disahkan bercer4i pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Nabila yang mengesahkan perkara itu berkata, keputusan untuk berpisah itu dibuat dengan hati terbuka daripada kedua-dua belah pihak dan menganggap jodoh mereka sudah tiada jodoh.

“Saya syukur proses ini berjalan dalam keadaan saya dan Sharnaaz dalam hubungan yang baik. Jadi kita terima dengan hati terbuka dan akur ketentuan Allah SWT.

“Kami anggap apa yang berlaku jodoh tak panjang dan tak pernah fikir jodoh kami sampai di sini saja. Lagipun mana ada orang kahwin nak bercer4i.

“Kami berdua berharap boleh bekerjasama dengan baik untuk besarkan anak tunggal, Jebat Jayden. Itu yang paling penting.

Jayden tak perlu terkesan dengan apa yang terjadi antara kami. Kalau kami berdua boleh uruskan dengan baik, InshaAllah. Saya akan cuba apa terbaik untuk anak saya,” katanya memetik laporan Harian Metro hari ini.

Sementara itu, Nabila berkata, dia tidak bermvsuh dengan Sharnaaz sebaliknya mereka kini berkawan dan saling bertukar serta berterima kasih kepada bekas suaminya itu kerana membantunya menjadi ibu yang terbaik.

“Kami berkawan dan banyak berborak bertukar pendapat dengannya. Kami tak bermusuh. Ketika Sharnaaz datang jumpa anak, saya akan duduk sekali dan melayan seperti kawan.

“Saya cuba jadi ibu yang terbaik dan ingin berterima kasih kepada Sharnaaz. Saya juga masih dalam proses nak belajar apa yang terbaik untuk anak saya. Maklumlah ini anak pertama, jadi banyak yang saya tak tahu,” katanya.

Nabila turut memuji Sharnaaz seorang bapa yang bertanggungjawab dan kerap datang untuk bertemu anak mereka, Jebat Jadyen.
”Sharnaaz seorang ayah yang bagus. Hari-hari dia datang luangkan masa dengan Jayden. Itupun sudah buat saya sangat gembira. Yelah siapa lagi nak sayang anak kita betul-betul kalau bukan kami berdua,” katanya.

Selepas pasangan itu gagal mencari kesepakatan, mahkamah menerusi Seksyen 47 (14) dan Seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 mempunyai kuasa melantik dalam kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak iaitu dua penimbang tara (hakam) yang mempunyai maklumat berkaitan isu rumah tangga pemohon dan defendan.

Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang bakal menginjak usia dua tahun Ogos ini.

Sumber : MalaysiaGazette

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending