Connect with us

Semasa

Adakan Jamuan Makan Slps Beberapa Bulan Tdk Bertemu, 14 Ahli Keluarga Dilaporkan Dijangkiti COVID-19

Published

on

Sebuah keluarga terpaksa berputih mata apabila 14 orang daripada ahli keluarga tersebut dilaporkan dijangkiti dengan virus COVID-19, lapor Fox 4.

Menurut portal Fox 4, selepas terpisah selama beberapa bulan, keluarga tersebut telah merancang untuk berjumpa dan berkumpul sesama sendiri sambil mengadakan sedikit jamuan makan.

Difahamkan, tidak ada seorang pun dari mereka yang terus merasakan tidak sihat pada hari berkenaan. Beberapa hari kemudian, 14 orang daripada ahli keluarga tersebut telah disahkan positif COVID-19. Satu daripadanya dilaporkan meninggal dunia dan ada yang sedang memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Semua orang meyakinkan saya bahawa saya bukan punca kepada segalanya, tapi itu rumah saya,” kata salah seorang ahli keluarga terbabit.

“Saya rasa seolah-olah saya ini adalah punca segalanya,” katanya. “Dan walaupun kami tidak tahu siapa yang pembawanya, ianya telah tersebar dan berjangkit kerana idea saya untuk berkumpul beramai-ramai ini. Sukar untuk saya maafkan diri saya.”

Susulan daripada itu, dia juga terpaksa dimasukkan ke dalam wad selama 3 hari selepas virus tersebut menyerang sistem sarafnya.

“Saya akhirnya terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan dan mendapati bahawa saya juga turut dijangkiti dengan virus itu,” ujarnya.

Bapa mertuanya juga turut dimasukkan ke wad pada hari yang sama. Tak lama kemudian, ibu mertuanya pula dimasukkan ke dalam wad tersebut.

Pun begitu, ibu mertuanya telah dilaporkan meninggal dunia di hospital terbabit selepas 11 hari terpaksa bertarung nyawa sambil dibantu alat bantuan pernafasan.

Menurutnya, ketika mereka berkumpul, dia tidak memakai topeng. Katanya, tindakan itu adalah merupakan tindakan yang paling dikesalinya.

Keluarga itu kini sedang menumpukan perhatian kepada bapa mertua yang masih lagi dirawat di dalam wad.

Dia kini dilaporkan sedang bergantung hidup kepada alat bantuan pernafasan.

Sumber : siakapkeli

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending