Connect with us

Semasa

“Bila sampai saya terus terjun” Lelaki Ini Sanggup Terjun Dalam Kawasan Tadahan Air, Cuba Selamatkan 2 Beradik Yang Lemas

Published

on

KAJANG, 5 Okt Seorang peniaga kedai makan sanggup menggadai nywa dengan terjun di kawasan tadahan air yang mempunyai kedalaman sembilan meter untuk menyelamatkan dua beradik yang lemas di Jalan Cheras Prima, Kajang, di sini petang tadi.

Badruzzaman Borhanudin, 27, yang berniaga makanan di gerai berhampiran kawasan itu berkata dia bergegas ke tempat kejadian setelah dimaklumkan oleh seorang wanita terdapat dua kanak-kanak terjatuh ke dalam air.

“Bila sampai, saya terus terjun tetapi tidak nampak apa-apa lalu terus memanjat pokok berhampiran sebelum ternampak salah seorang mangsa dalam keadaan terapung menyebabkan saya terjun sekali lagi untuk menarik mangsa ke tebing.

Selepas itu saya terjun kali kedua untuk menarik mayat adiknya pula dengan turut dibantu seorang lagi orang awam yang kebetulan lalu di kawasan itu. Ketika itu yang terlintas di fikiran saya, kalau sampai ajal, saya reda,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Kajang malam ini.

Dua mangsa yang ditemukan lemas itu dikenali sebagai  Nur Farisah Rozilah berusia 10 tahun dan Mohd Rayan Ikram , 8.
Sementara itu, nenek saudara mangsa Nik Hasnah Yusof, 56,  berkata kedua-dua kanak-kanak itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian.

“Cuma si adik beriya memberitahu ibunya dia hendak memakai baju baharu pagi tadi manakala yang si kakak pula tidur lewat semalam selain menangis apabila ayahnya hendak balik bekerja di Johor,” katanya dalam keadaan sebak.

Nik Hasnah yang reda dengan kejadian itu berkata  mangsa kebiasaannya tidak pernah pergi ke kawasan tadahan air itu dan hanya bermain basikal di sekitar kawasan taman berdekatan.

Perkarangan unit forensik turut diselubungi suasana pilu dengan kehadiran ahli keluarga yang datang setelah mengetahui kejadian itu.

Ibu mangsa yang ditemui di hospital kelihatan sedih dan mengelak untuk bercakap dengan media selain  sesekali membuat panggilan telefon dengan suaminya yang baru sahaja  bertolak ke Johor dan terpaksa berpatah balik susulan kejadian itu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan kawasan tadahan air sebuah kawasan taman perumahan di situ berada dalam keadaan berpagar dawai, namun banyak yang telah rosak.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 3 petang dan tujuh anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

Sumber : siakapkeli

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending