Connect with us

Semasa

Setelah Dikritik Netizen , Najib Muncul Pertahan Menteri Agama Rupanya Ada Sebab

Published

on

PETALING JAYA: Najib Razak tampil mempertahankan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang menjadi tumpuan selepas didapati positif Covid-19 sekembalinya dari Sabah.

Beliau mengingatkan Zulkifli, yang dikritik selepas muncul laporan mengatakan beliau menghadiri acara awam selepas pulang Sabah, yang melaporkan peningkatan kes virus korona, kembali ke Semenanjung pada 24 Sept sebelum kerajaan mewajibkan saringan dan kuarantin.

“Arahan saringan dan kuarantin wajib bagi semua yang pulang dari Sabah dikeluarkan pada 26 Sept,” katanya di Facebook, membidas orang ramai yang “m4ki” bekas mufti Wilayah Persekutuan itu.

Bekas perdana menteri itu bagaimanapun belum berpuas hati, mengatakan kerajaan tidak patut membolehkan kuarantin kendiri tamat lebih awal jika keputusan saringan Covid-19 didapati negatif.

“Patut wajibkan 14 hari sebab itu tempoh inkubasi Covid,” tegasnya.

Beliau menambah kerajaan sepatutnya membenarkan undi pos bagi warga Sabah, seperti mana bagi pengundi yang berada di luar negara.

“Jika kita boleh buat untuk pengundi di luar negara kenapa kita tak boleh buat bagi pengundi di luar negeri” katanya.

Najib juga membidas NGO yang menjelang pilihan raya mempersoalkan cadangan menteri melaksanakan kuarantin wajib ke atas mereka yang pulang dari Sabah, atas alasan langkah itu mungkin tidak mengalakkan pengundi pulang ke Sabah untuk mengundi.

Bekas presiden Umno itu sempat membidas Pakatan Harapan, mengecam gabungan itu yang didakwa “sanggup m4ti” daripada menyerahkan kuasa kepada Perikatan Nasional.

“Lalu mereka memaksakan PRN Sabah walaupun dibantah kuat Barisan Nasional,” katanya.

Dalam pada itu, Najib sekali lagi mengkritik kerajaan, mengatakan beliau percaya PN tunduk pada “ugutan” sebab tidak mahu dituduh merampas hak mengundi rakyat Sabah.

Katanya, jika masa itu PH menyokong cadangan kuarantin wajib, lebih banyak kes Covid-19 di Semenanjung yang berasal dari Sabah mampu dielak.

“Tapi nasi dah jadi bubur. Namun PH dan PN tidak patut mengulangi kesilapan besar ini pada masa depan,” katanya.

Pada 27 Sept, Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, menyatakan tidak perlu bagi mereka yang pulang dari Sabah untuk menjalani kuarantin penuh 14 hari selepas keputusan ujian mengatakan negatif.

Pada 13 Sept, sebelum pilihan raya di Sabah, Ismail berkata mereka yang pulang dari Sabah tidak perlu menjalani kuarantin, mengatakan keadaan di Tawau ketika itu terkawal.

Badan pemantau pilihan raya, Bersih 2.0, juga menyeru pertimbangan teliti terhadap kuarantin ke atas mereka yang pulang ke Semenanjung dari Sabah, mengatakan langkah itu mungkin tidak mengalakkan pengundi pulang ke Sabah untuk mengundi pada 26 Sept.

Bermula 27 Sept hingga 10 Okt, kerajaan mengumumkan individu yang pulang dari Sabah diwajibkan menjalani saringan Covid-19 dan diarahkan untuk menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah.

Sumber : FMT

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending