Semasa
Nabil Ahmad ‘Sindir’ Azwan Ali Kembali Mengacara?Sekali Azwan Ali Datang Komen

Memilih untuk memaafkan, Azwan Ali nampaknya berlembut hati walaupun pengacara dan pelakon Nabil Ahmad didkwa menyindir dirinya dalam sebuah program realiti yang bersiaran secara langsung kelmarin.
Mengulas pendekatan diambil, Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA itu berkata, dia sebenarnya bersikap demikian kerana rindu untuk kembali aktif di pentas pengacaraan seperti dulu.
Justeru, bagi Azwan, adalah lebih baik untuknya tidak menyimpan sebarang dendm mahupun perasaan mrah terhadap Nabil walaupun lima tahun sebelum ini pengacara itu pernah membuatnya benar-benar berkecil hati kerana tidak ditegur di lapangan terbang.
“Saya dah tak rasa apa pun, walaupun dia tak sebut nama, tapi netizen tahu dia sindir Azwan Ali. Pun begitu, saya tak berdendam atau marah terhadap Nabil.
“Bagi saya ni lumrah, kata mengata sesama sendiri. Sekiranya betul siapa yang dimaksudkannya tu adalah Azwan Ali, saya maafkan dia.
“Mungkin juga saya memaafkan kerana rindu bidang pengacaraan dan yang netizen tengok sekarang adalah Azwan Ali 2020,” katanya kepada Malaysiakini.
Kata pemilik nama penuh Mohamed Azwan Ali, 54, itu dia enggan bersikap seperti sebelum ini apabila berdepan sesuatu isu kerana ia hanya merugikan diri sendiri.
“Dulu ya, sebab Nabil tak tegur saya artis lama lepas balik umrah di lapangan terbang, saya sampai tularkan perkara tu. Tapi dia dah minta maaf.
“Namun, saya dah tak nak bertegang urat dengan sesiapa. Industri ni kecil, saya kehilangan ramai rakan-rakan artis disebabkan sikap begitu,” katanya.
Nabil mengundang perasaan mrah netizen apabila dia memerli seseorang sudah lama tidak memegang mikrofon disebabkan terlalu lama asyik memegang selfie-stick atau monopod.
Walaupun tidak menyebut nama sesiapa, Nabil, 37, didakwa menyindir Azwan apabila menyebut perkataan selfie-stick dan beberapa ungkapan yang sinonim dengan personaliti pengacara berkenaan.
Untuk rekod, Azwan dipanggil untuk memenuhi undangan sebagai pengacara program Lagu Cinta Kita Musim Kedua (LCKM2) bersama pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein selepas kali terakhir dia mengacarakan Juara Lagu pada 1995 di stesen televisyen itu.
Dia juga mengundang perhatian pengguna Internet selepas muncul dengan penampilan yang lebih kemas dan dikatakan lebih gagah.
Namun, selepas dua minggu tersohor kini di media sosial, pengacara itu memaklumkan bahawa semalam adalah episod terakhir dia mengendalikan program berkenaan.
Mengulas lanjut, Azwan menegaskan, dia ingin kembali aktif mengacara bukan disebabkan bayaran yang lumayan meskipun tidak menafikan bahawa gajinya yang diterima melalui stesen berkenaan lebih ‘lebat’ berbanding sebelum ini.
“Bukan disebabkan duit, tu kena jelas. Saya muncul kembali dan nak aktif dalam industri sebab ingin mengubati rindu peminat,” katanya.
Sumber : Malysiakini

-
Semasa10 months ago
Esok 1 April Bermulalah PKP Fasa Kedua ‘Dengar Baik Baik’ Hanya Seorang Dalam Satu Kenderaan,Sekatan Jalan Raya,Plaza Tol Lebih Banyak
-
Hiburan10 months ago
“Buang Ego Buang Keb0dohan Tu Sikit Dato,Susah Nak Cari Isteri Macam Tu” Netizen ‘Sekolahkan’ Aliff Syukri Setelah Tersebar Surat Cer4i Datin Shahida
-
Semasa8 months ago
Video kanak-kanak datang minta bantuan YB Norhizam undang sebak netizen
-
Viral10 months ago
‘Selalu Tgok Org Kena Angkut Harini Tgok Anak Dan Suami Kena Angkut’ Luahan Ibu Bila Anak Ada Simpton Cov 19 Naik Ambulan
-
Semasa10 months ago
Tak Perlu Datang Kaunter, Ada 3 Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP,Mari Ikut
-
Semasa10 months ago
‘Peti Besi itu Ada Kod R4hsia,Hanya Individu Tertentu Yg Tahu Dimana Beliau Menyimpan’ Sy Saddiq H1lang RM250,000 Dalam Peti Besi Dirumah
-
Hiburan10 months ago
“Saya Dulu 10 Tahun Lepas Hilang Semua Aset.Bawa Kancil Badan G4tal G4tal” Respon Amy Search Isu Artsi Minta Bantuan Kerajaan
-
Semasa10 months ago
Doktor Pertama Yg Sebar Tentang Penvlaran ‘Kor0nav1rus’ Di Wuhan Hilang.Doktor Ini Tahu Apa Yang Akan Berlaku Disebabkan V1rus Ini