Connect with us

Semasa

Kena Kompaun Lnggar SOP Dan Trlibat KmIangan. Siti Sarah Ddah Kjdian Sbenar Dan Nasib Menimpa Shuib

Published

on

” Minta maaf sekarang keadaan tidak mengizinkan untuk ditemu ramah.Ini terkini luahan Siti Sarah Isteri Shuib.

Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib memohon maaf selepas dia dan empat individu lain termasuk isterinya Siti Sarah dikenakan kompaun kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di sebuah restoran di Lipis, Pahang semalam.

Dalam kejadian tersebut kesemua mereka dikenakan kompaun berjumlah RM1,000 selepas didapati melanggar SOP makan melebihi dua orang untuk satu meja.

Shuib atau nama penuhnya, Shahmira Muhamad, 37, berjanji untuk memastikan kejadian serupa tidak akan berulang lagi.

” Saya juga meminta maaf atas apa yang berlaku semalam dan berjanji kejadian seperti itu tidak akan berulang lagi,” jawabnya ringkas kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku semasa mereka singgah di sebuah restoran untuk makan malam ketika dalam perjalanan menuju ke Kelantan untuk pembukaan dua cawangan terbaharu kedai minuman BubbleBee di Kubang Kerian dan Kota Bharu hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan dua selebriti tanah air iaitu Shuib dan Siti Sarah dikenakan kompaun selepas didapati melanggar SOP ketika makan di sebuah restoran.

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Deputi Superintendan Azli Mohd. Noor, pasangan itu dan dua yang lain dikenakan kompaun kerana tiada penjarakan fizikal semasa makan.

Kompaun berkenaan juga dikeluarkan bawah Akta Pencgahan Pengawalan Pnyakit Berjngkit 1988.

 

Sementara itu, menerusi satu entri di Instagram, Siti Sarah berkongsi kjdian yang berlaku kepada ‘team’ beliau ketika berkonvoi ke Kelantan.

Difahamkan salah sebuah kereta dipandu ahli konvoinya turut terbabit dalam kmIngan.

” Banyak dugaan sebelum kami sampai ke Kelantan ni untuk pembukaan Bubblebeemalaysia_hq di Kubang Kerian dan Kota Bharu. 12 jam perjalanan.

” Bukan untuk datang bercuti, sebaliknya kami ke Kelantan dah dapat kebenaran rentas negeri untuk menguruskan pelancaran dua baby baru Bubblebeemalaysia_hq

” Mulanya, staf Bubblebeemalaysia_hq terlibat dalam kmIangan. Kereta mereka terbabas naik ke atas bukit akibat jalan licin.

” Berderau da.rah Sarah bila dapat berita terbabit, Alhamdulillah syukur sgt kerana hanya kereta je yang rosak, mereka tak alami kecderaan serius.

” So, perjalanan diteruskan. Singgahlah kami decide makan kat restoran tepi jalan lepas dh uruskan banyak hal.

” Kami decide makan di Lipis. Sekali lagi kami diduga. Kami mohon maaf. Ini pengajaran untuk kami dan diharap menjadi pengajaran untuk orang lain agar sentiasa ikut SOP.

” Akhirnya, tadi dah selesai pelancaran dua outlet Bubblebeemalaysia_hq di Kubang Kerian dan Kota Bharu.

” Dugaan memang banyak tapi semuanya tak patahkan semangat kami. Apa yang penting, kami jadikan ia sebagai pengajaran dan sama-sama kita ikut semua saranan kerajaan okay?

” Orang Kelantan dah boleh datang di dua outlet ni ya? Yang penting ikut SOP dan jaga jarak selamat tau sambil enjoy.” tulis Siti Sarah.

Sumber:k0smo dan IG Siti Sarah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending