Semasa
Bapa garang berubah sporting sejak jadi imam, kejutkan anak ‘h4ntu PUBG’ dengan gaming chair – “Mak bising kerusi dapur asyik hilang”

BAGAIKAN tidak lengkap hidup kaki ‘game’ bermain permainan video dalam talian tanpa kelengkapan seperti kerusi ‘game’ atau gaming chair.
Tanpa disangka-sangka, seorang anak diberikan kejutan berupa kerusi game, pemberian hadiah istimewa daripada bapanya sendiri!
Video yang merakamkan momen kejutan itu mencatatkan lebih sejuta tontonan, hanya beberapa jam selepas dikongsikan di aplikasi TikTok.
Anak bertuah itu, Muhammad Elham Mohd Amin berkata, kejutan dibuat pada Rabu malam ketika dia asyik bermain PUBG, permainan video yang menjadi kegilaannya.
Elham menerima kejutan daripada bapanya ketika bermain PUBG.
Pemuda berusia 24 tahun itu memberitahu, dia sebenarnya baru membeli beberapa kelengkapan untuk kemudahannya bermain permainan video, hampir sebulan lalu.
“Saya ni memang dah lama ‘hantu’ PUBG. Nak bagi selesa, saya beli beberapa kelengkapan seperti meja dan keyboard secara online.
“Niat nak beli kerusi game juga, tapi saya survey (tinjau) dulu. Buat sementara waktu, saya guna dulu kerusi dari meja makan di dapur,” katanya kepada mStar.
Elham gemar bermain permainan video.
Lebih mesra disapa Elham, katanya, ‘kehilangan’ salah satu daripada enam kerusi meja makan itu menjadi tanda tanya ibunya.
“Mula-mula hilang tu mak bising juga, tapi lepas tu mak okay je. Tapi paling saya tak sangka bila ayah saya buat kejutan hadiah kerusi game untuk saya.
“Mak saya suka beli barang online, mungkin mak cadangkan ayah supaya belikan kerusi game tu secara online dengan bantuan abang saya,” ujar anak ketiga daripada empat beradik itu.
Elham (kanan) menyifatkan bapanya begitu penyayang dan lemah-lembut.
Menurut pemuda dari Parit Sulong di Batu Pahat, Johor itu, bapanya yang berusia 52 tahun merupakan salah seorang imam di sebuah surau di Kampung Parit Sentang Batu.
“Ayah dulu memang garang dengan anak-anak. Tapi sejak jadi imam ni, perwatakan ayah lebih penyayang dan lemah lembut.
“Dan ayah sporting dengan minat saya bermain game. Ayah pun kadang-kadang suka main PlayStation 4 (PS4) di ruang tamu bila ada masa lapang,” ujarnya yang bekerja sebagai jurujual.
Mengenai kejutan hadiah tersebut, Elham benar-benar terharu dengan pemberian bapanya kerana dia pada mulanya merancang untuk membelinya menggunakan duit poket sendiri.
Elham (kiri) dan bapanya menunjukkan hadiah yang dikeluarkan dari kotak.
“Memang tak sangka ayah buat kejutan. Walaupun saya tahu ayah begitu sayangkan anak-anak dia, tapi saya terharu sangat. Dapat kerusi game tu, memang teruja!
“Sebenarnya elok sangat ada kerusi game ni sebab selain empuk, ia juga menjaga postur tulang belakang kita. Siap ada kemudahan mengurut lagi,” katanya.
Dalam kegembiraan itu, bapanya yang juga merupakan penyelia di sebuah kilang turut titip pesanan penting buatnya.
“Ayah kata main game, main game juga, tapi jangan tinggal solat. Ayah juga pastikan anak-anaknya selalu baca al-Quran,” katanya.
View this post on Instagram
Sumber : Mstar

-
Semasa1 year ago
Esok 1 April Bermulalah PKP Fasa Kedua ‘Dengar Baik Baik’ Hanya Seorang Dalam Satu Kenderaan,Sekatan Jalan Raya,Plaza Tol Lebih Banyak
-
Hiburan1 year ago
“Buang Ego Buang Keb0dohan Tu Sikit Dato,Susah Nak Cari Isteri Macam Tu” Netizen ‘Sekolahkan’ Aliff Syukri Setelah Tersebar Surat Cer4i Datin Shahida
-
Semasa10 months ago
Video kanak-kanak datang minta bantuan YB Norhizam undang sebak netizen
-
Viral1 year ago
‘Selalu Tgok Org Kena Angkut Harini Tgok Anak Dan Suami Kena Angkut’ Luahan Ibu Bila Anak Ada Simpton Cov 19 Naik Ambulan
-
Semasa1 year ago
Tak Perlu Datang Kaunter, Ada 3 Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP,Mari Ikut
-
Semasa1 year ago
‘Peti Besi itu Ada Kod R4hsia,Hanya Individu Tertentu Yg Tahu Dimana Beliau Menyimpan’ Sy Saddiq H1lang RM250,000 Dalam Peti Besi Dirumah
-
Hiburan1 year ago
“Saya Dulu 10 Tahun Lepas Hilang Semua Aset.Bawa Kancil Badan G4tal G4tal” Respon Amy Search Isu Artsi Minta Bantuan Kerajaan
-
Semasa1 year ago
Doktor Pertama Yg Sebar Tentang Penvlaran ‘Kor0nav1rus’ Di Wuhan Hilang.Doktor Ini Tahu Apa Yang Akan Berlaku Disebabkan V1rus Ini