Connect with us

Semasa

Doktor,sy bkn Isteri tp bekas Isteri.Anak Menjauhkan Diri,Isteri Baru Tinggalkannya sejak kakinya Membvsuk

Published

on

“Saya datang sebagai tanda hormat walau saya hanya bekas isterinya tapi kemanisan hidup selama 25 tahun adalah satu kemanisan dalam rumahtangga” luahan bekas isteri ini
setelah ditanya oleh seorg doktor.

Lumrah kehidupan rumahtangga ada pasang surutnya. Namun, ada yang bahagia ditengah jalan kala tidak dapat bertahan taufan yang melanda. Kemanisan rumahtangga yang dibina jadi sejarah. Perpisahah jalan penyelesaian.

Bagaimanapun, siapa sangka, kehidupan dengan pasangan baru, rupanya bahagia sementara. Pasangan lama datang menjengah tanda simpati kala ditimpa musibah hidup.
Begitulah kasih dan simpati seorang bekas isteri yang tidak pernah berdendam disudut hati.

Ikuti perkongsian kisah benar seorang doktor Norilyani Bujang tentang seorang bekas isteri yang datang menguruskan bekas suaminya yang sakit (kini arwah). Sungguh meruntun jiwa.  Moga jadi ikhtibar bersama. Jagalah keharmonian rumahtangga supaya ia berakhir dengan kegembiraan yang akan dikenang sehingga penghujung ny4wa.

 

Gambar sekadar hiasan

‘Doktor, saya bukan isteri. Tapi saya bekas isteri.’

Wajah wanita itu sayu melihat lelaki yang terlantar di atas katil ICU. Wanita itu diceraikan pada umur 50 tahun, setelah 25 tahun bersama lelaki yang terbaring koma diatas katil.

‘Saya minta maaf, boleh saya bertanya anak anak puan di mana?’

‘Anak kami 2 orang doktor, tetapi anak semua dah besar. Mereka tak mahu datang melawat ayahnya’

Kenapa? 

‘Sejak kami bercerai anak anak menjauh hati dari ayahnya doktor.’

Dia menangis teresak esak.

‘Jadi siapa waris yang ada sekarang ini?’

Isteri baru tidak uruskan suami

‘Dia dah kahwin setahun lepas. Ada isteri baru. Tapi setahu saya isterinya dah lama tinggalkan bekas suami saya sejak kakinya membusuk 2 bulan lalu’

Kepala aku makin pening. Namun, masih bersabar melayankan wanita di hadapan mataku ini.

Di saat lelaki ini terdampar koma di atas katil ICU, sudah menjadi tugasku untuk mencari dan mengenalpasti siapakah waris. Segala perihal pesakit, surat menyurat, kebenaran untuk rawatan perlu dibincangkan dengan waris.

Bukan sekali aku jumpa keluarga yang berantakan di lanjut usia. Banyak..

Kenapa?  Kerana lupa diri.

Ramai yang berkata ‘wanita diuji sewaktu suaminya susah, lelaki pula diuji sewaktu dia sudahpun senang’.

Itulah yang aku selalu lihat di depan mata.

Wanita yang diceraikan kerana suaminya gelap mata. Bila anak sudah besar, duit sudah tidak kemana. Rezeki pula makin mudah. Kerja dan syarikat syarikat semuanya sudah stabil. Perkeja ramai. Hanya rileks rileks dan kaut untung sahaja.

Masa banyak. Duit banyak. Jadi, hati pun kembali muda. Maka ramailah betina yang tergedik gedik ingin menjadi pendengar setia masalah keluarga.

Mula mula berbual, lepas itu bercerita hal masalah suami isteri. Kemudian perasaan itu berubah menjadi kasihan dan lama kelamaan curang itu semakin dekat.

‘Jadi puan datang ke sini bagaimana? ‘  ‘Mak mentua saya yang beritahu. Dia pun tak sihat, kena stroke’

Datang Tanda Hormat

Sekadar hiasan

‘Saya datang sebagai tanda hormat lelaki ini pernah saya hidup denganya berpuluh tahun. Sedih saya lihat keadaannya doktor.’

‘Tapi saya ini bukan siapa pada dia. Hanya bekas isteri. Menjaga dia pun bukan tanggungjawab lagi. Apa lagi nak buat keputusan bagi pihak dia.’

‘Baiklah puan, puan duduk dan rehatlah di sini. Tenangkan diri’

Aku tinggalkan wanita itu melayan perasaannya. Biarlah airmatanya gugur.

Moga jadi ikhtibar

Keesokan harinya lelaki itu meningg4l dunia.

Seorang diri, hanya kami yang mengajar kalimat suci ditelinga.

Tanpa keluarga.

Tanpa isteri Atau lebih elok disebut bekas isteri.

Tanpa isteri muda yang sudah lari.

Tanpa anak anak yang menjauh hati.

Tanpa ibunya yang juga sakit, tidak boleh bergerak sendiri.

Hanya dia dan kami.

Kami kemas jen4zah itu untuk dibawa pergi ke bilik myat, tanpa waris yang mengiringi.

Entah siapa yang tuntut kemudiannya, saya pun tak pasti.

Sumber : fb Dr Nurilyani Bujang

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending