Connect with us

Hiburan

Sarah ‘sabar dan reda’.Setiap ujian yang datang akn saya cuba tangani – Siti Sarah

Published

on

“Apa yang berlaku sebelum ini sememangnya mengajar saya banyak perkara. Kalau dulu setiap yang berlaku dalam hidup saya pasti akan lemah atau tertekan.Begitulah
yang berlaku yang dianggap satu ujian dari Allah SWT pd penyanyi yg bersuara lunak Siti Sarah.

KEHIDUPAN di dunia ini penuh dengan ujian. Namun setiap ujian dan dugaan yang hadir pasti ada penawar yang akan menyembuhkan segala duka.

Begitu kisah yang dilalui penyanyi, Siti Sarah Raisuddin yang berdepan pelbagai ujian tahun lalu, namun berjaya ditangani dengan baik.

Enggan mengenang segala perkara yang sudah berlalu, Sarah kini fokus untuk menjalani kehidupan selain banyak mengajarnya untuk menjadi lebih sabar dan reda.

“Alhamdulillah permulaan tahun ini Allah susun perjalanan yang cukup cantik buat saya dan suami. Kami dilimpahkan rezeki yang berganda, sekali gus memberi sinar baharu buat kehidupan kami.

“Ini kerana saya hanya manusia biasa dan untuk menerima kritikan dan kecman bukan semua orang boleh hadap. Tapi, sejak kebelakangan ini, saya sudah dapat mengajar diri untuk menjadi sabar dan reda.

“Jadi setiap ujian yang hadir saya cuba tanganinya sebaik mungkin dan perbaiki diri untuk kehidupan yang akan datang,” katanya.

Tidak boleh lari dengan sebarang ujian, Sarah dan Shuib sekali lagi diuji apabila mereka dikompaun RM1,000 setiap seorang selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah premis makanan di Kuala Lipis, Pahang, Jumaat lalu.

Mengakui kecuaian diri dan tampil membuat permohonan maaf, bagaimanapun permohonan maaf Sarah disalah erti apabila dirinya dikatakan sering memohon maaf di atas segala apa yang berlaku dalam hidupnya.

 

SARAH bakal keluarkan busana wanita dan lelaki sempena Aidilfitri.

“Setiap manusia yang buat salah kena minta maaf. Perkataan maaf ini bukan hanya untuk selebriti saja, tapi untuk kita semua.

“Bila dah minta maaf, jangan kita mengulangi kesalahan sama.

“Sejujurnya orang yang minta maaf ini sudah merendahkan ego mereka ditahap yang rendah dan siapa kita nak menghakimi niat seseorang,” katanya.

Melihat dirinya dan suami yang gemar berkongsi kebaikan dan bersedekah, rata-rata ramai yang terinspirasi, sekali gus melihat kebahagiaan mereka.

Kata Sarah, bersedekah membuatkan dirinya menjadi lebih bahagia dan menuntut keyakinan bahawa ganjaran yang bakal diperoleh begitu ‘lumayan’.

“Allah berjanji siapa yang bersedekah Dia akan beri banyak ganjaran kepada hamba-Nya. Sedekah ini juga menuntut keyakinan kita kepada Allah. Ada segelintir yang ada sifat ragu-ragu ketika bersedekah, tapi hakikatnya ganjaran selepas bersedekah itu dahsyat.

“Saya sendiri mengaku betapa bahagia dan seronoknya apabila kita melakukan kebaikan dan bersedekah ini. Tiada istilah menunjuk, tapi saya terinspirasi apabila melihat beberapa pendakwah berbuat demikian.

“Keseronokan mereka membuatkan saya sendiri terpanggil untuk melakukannya bersama. Sebagai selebriti kita perlu mendidik jiwa masyarakat ke arah kebaikan, jadi saya cuba melakukannya untuk sama-sama kita berbuat baik,” katanya.

 

Rancak urus bisnes

Beralih mengenai perniagaan produk minuman Bubble Bee, Sarah memberitahu, Bubble Bee bakal membuka cawangan baharu hampir setiap minggu.

Namun apa yang menarik perhatian, Sarah berkata, dia dan Shuib ingin mewujudkan peluangkan pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

“Selepas kes yang berlaku tahun lalu, perniagaan Bubble Bee berjalan dengan baik. Insya-Allah cawangan baharu akan dibuka setiap minggu seperti di Kuala Kangsar minggu depan.

“Selain membukanya di setiap negeri, misi utama kami adalah untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Entah kenapa, kami merasakan anak muda begitu teruja untuk menjadi keluarga Bubble Bee.

“Di Kelantan sahaja, lebih 500 orang hadir untuk temu duga sampaikan mereka minta wujudkan lebih banyak cawangan di Kelantan.

“Bagi perniagaan Loveta, insya-Allah saya akan keluarkan busana wanita dan lelaki sempena sambutan Aidilfitri tahun ini. Banyak koleksi menarik bakal dilancarkan dalam waktu terdekat,” katanya.

Sumber : hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending