Connect with us

Semasa

Carilah tempat lain untuk 430 anj1ng, kuc1ng jalanan Pak Mie Shelter.Usaha hubungi Ebit Lew Gagal

Published

on

“Pihak saya mendapat tahu bahawa Ustaz Ebit Lew mahu menyewa sebuah gudang di kampung ini menerusi akaun Facebook beliau malam semalam, kami semua terasa hati kerana penduduk di sini boleh dikatakan semuanya Islam.Nada tidak puas hati penduduk Kg Kubang Jelai bila Ustz Ebit Lew menyewa kawasan binatang jalanan berdekatan kg mereka.

Lebih 700 penduduk di Kampung Kubang Jelai, Tokai di sini, membantah tindakan untuk memindahkan kira-kira 430 a.jing dan kuc.ng jalanan dari pusat pengurusan haiwan terbiar, Pak Mie Shelter di Jalan Tanjung Bendahara, Alor Setar ke sebuah gudang persendirian di kampung mereka esok.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Kampung Kubang Jelai Md Daud Rusdi Hassan, 62, berkata, ia berikutan majoriti penduduk di kampung itu beragama Islam selain gudang itu berhampiran dengan masjid.

Katanya, penduduk turut bimbang sisa buangan n.jis haiwan itu akan disalirkan ke sungai (tali air MADA) berhampiran kerana ia menjadi sumber air hampir 100 hektar sawah di kawasan itu.

“Walaupun gudang itu adalah hak persendirian seorang daripada penduduk kampung ini, namun kehadiran a.jing pasti akan mengg.nggu penduduk dengan sal.kan serta bau kurang menyenangkan,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman di sini, petang tadi.

Menerusi perkongsian Ebit Lew di laman Facebook Khamis lalu, beliau menyewa sebuah gudang untuk dijadikan ‘zoo taman’ dengan kadar sewa RM4,300 sebulan.

Md Daud berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang malam tadi dan usaha untuk menghubungi Ustaz Ebit Lew masih gagal (setakat jam 7 petang tadi) bagi memaklumkan hal berkenaan.

“Penduduk kampung juga akan membuat demonstrasi aman esok bagi membantah penempatan h.iwan ini,” katanya.

Sementara itu, Dr Mohd Hayati berkata, pihaknya akan membawa perkara terbabit sekali lagi ke mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri agar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) untuk memberi masa kepada kerajaan negeri mencari tempat baharu.

Katanya, pemindahan itu dilakukan bagi memberi laluan kepada projek pembinaan loji rawatan kumbahan serantau dan rangkaian paip pembetungan Kota Setar.

“Kita sebenarnya ada beberapa cadangan di lokasi lain yang jauh dari penempatan manusia untuk dijadikan pusat pengurusan a.jing dan ku.ing Pak Mie Shelter.

“Buat masa sekarang lokasinya masih perlu dirahsiakan. Pada mesyuarat lalu, tidak ada pegawai daerah yang sanggup menerima penempatan haiwan ini tetapi selepas mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri minggu depan, kita harap ada penyelesaian terbaik untuk dapatkan tempat yang sesuai dan tidak mengganggu persekitaran masyarakat,” katanya.

Sumber : hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending