Connect with us

Semasa

Tvlar Kes Memvrtadkan. Ini Penjelasan Menteri Agama

Published

on

Orang ramai diminta memberikan sepenuh kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk tindakan sewajarnya, berhubung isu video memaparkan pengakuan seorang lelaki buk.n M.slim memurt.dkan seorang wanita M.slimah bukan warga tempatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata kes itu kini dalam si.satan dan tindakan pihak polis.

“Kedudukan agama Islam adalah terjamin di bawah Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, manakala Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf hak dan kebebasan beragama untuk penganut agama Islam dan agama-agama lain di Malaysia, termasuklah hak untuk menganutinya dan mengamalkannya.

“Pun begitu, penyebaran agama selain Islam kepada umat Islam adalah tertakluk kepada Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata fasal itu memberi kuasa kepada negeri menggubal undang-undang bagi mengawal penyebaran agama lain kepada orang Islam, termasuk mengekang sebarang cubaan untuk memujuk, membawa atau mengajak orang Islam keluar agama sama ada melalui dakyah, perkahwinan atau apa jua cara sekalipun.

Zulkifli berkata hampir semua negeri mempunyai Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Isl.m Kepada Orang Isl.m, yang digubal berdasarkan punca kuasa pada Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

“Saya difahamkan bahawa Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Isl.m Kepada Orang Islam bagi Wilayah Persekutuan kini dalam proses akhir penggubalan. Ini merupakan antara keutamaan kerajaan dalam memperkasa perundangan syariah di Malaysia,” katanya.

Sumber : Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending