Connect with us

Semasa

Ibu Tua Ni Tak Henti2 Ucap Terima Kasih.Ebit Lew Hiba lhat Anak OKUnya.Rupanya dijaga Ibu Ini Dan Ayh Bvta

Published

on

Kesukaran yang di hadapi oleh Ustaz Ebit Lew dalam menolong orang tak dapat dinafikan.

Disegenap ceruk rantau Ebit Lew dan team nya akan pergi demi niat ikhlas nak menolong orang.

Kita sudah tahu beliau juga seorg Usahawan dan pendakwah bebas terkenal tapi  dengan sifat pemurahnya yang tidak berbelah bahagi menambah lagi sifat nya

yg baik dan menambat hati sesiapapun.

Hari ini, Ebit Lew berkongsi misi bantuannya lagi menerusi laman sosial Instagram miliknya. Kali ini, dia telah ke Rantau Panjang, Kelantan untuk menghulurkan bantuan kepada sebuah keluarga yang memerlukan di sana.

Difahamkan lagi, keluarga itu hanya tinggal bertiga di rumah di mana si anak merupakan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU), bapa pula cacat penglihatan (buta) manakala ibu pula warga emas yang sudah uzur.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

 

“Saya hadiahkan 2 katil hospital. Pagi ini ziarah Rantau Panjang. Terus pasang katil dan angkat adik ni OKU dan pimpin ayahnya buta.

Ibu ini pula dah uzur. Bertiga di rumah ini. Dibantu saudara mara dan jiran terdekat walau mereka juga hidup susah,” tulis Ustaz Ebit Lew di ruangan kapsyen.

Menurut Ebit Lew, setiap manusia diberi ujian yang berbeza.

Dia meluahkan rasa sedih apabila melihat keadaan mereka yang tidur beralaskan sekeping tikar di atas lantai dan hanya mempunyai sebuah kipas kecil.

 

Ibu tua tak henti ucap terima kasih

Bagaimanapun, sepanjang kehadirannya di teratak mereka, mulut si ibu sentiasa dihiasi dan tidak henti mengucapkan terima kasih kepada Ebit Lew, meluahkan rasa syukur berulang kali.

“Beza ujian setiap orang. Melihat mereka tidur atas lantai selama ini terasa bersalah dan berdosa. Bagaimanalah ya. Tapi mereka dah biasa begitu. Ada 1 kipas kecil. Rumahnya tiada barang perabot lain. Senyum je makcik ni. Cakap terima kasih ustaz. Ulang kali cakap terima kasih ustaz.

Menerusi video pendek yang dikongsi oleh Ebit Lew berkenaan, dapat dilihat dia tidak kekok memakaikan seluar serta mendukung anak OKU tersebut ke atas katil. Allahu.

Ujian untuk orang yang baik
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terharu dengan tindakan Ebit Lew dan mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan oleh Allah SWT.

 

Sedihnya tengok

semoga syurga buat keluarga tsbt

nak jadi macam ustaz

Dalam pada itu, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang turut membantu menjayakan misi bantuannya terbabit.

Hebatnya, syabas Ustaz Ebit Lew! Semoga segala usaha ustaz berbuah ganjaran pahala di akhirat kelak.

Sumber : IG ebit Lew

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending