Connect with us

Semasa

Dikec4m di media sosial, Zul Yahya minta pengkr1tik baca dengan hati

Published

on

Apabila membaca sesuatu hantaran di media sosial, kata Zul Yahya, seseorang perlu berfikir dengan wajar dan membuat pertimbangan sebelum melontarkan sebarang komen.

Kata pelakon itu, semua yang ingin disampaikannya akan dapat difahami jika dilihat dengan mata hati.

“Baca dengan hati,” kata Zul.

Pelakon Mat Gedebe itu ditanya mengenai beberapa beberapa perkongsiannya di platform media sosial yang mencetus polemik sejak akhir-akhir ini.

Zul berpendapat mungkin ada segelintir pejuang papan kekunci yang tidak memihak kepadanya dan berhasrat untuk menjadi hero namun dilihat tidak bertindak melalui kaedah yang betul.

“(Mereka) Ingat nak jadi hero, tapi sebenar dah bukan hero lagi dah. Ni mengkucar-kacirkan keadaan. Benda macam ni tak elok.

“Setiap kali nak muat naik komen, mereka wajar bacalah dulu dengan hati dan bukan setakat dengan mata,” katanya kepada Malaysiakini.

Terdahulu, pemilik nama penuh Zulkiffili Yahaya itu berkongsi pandangan untuk tidak meneruskan persekolahan anak-anaknya melalui sebuah rakaman klip video.

Takkan tak ada rasa gentar

Ia mencetuskan polemik apabila Zul menyebut sijil akademik tidak mampu menyelamatkan seseorang daripada Da4jjal memandangkan “suasana agama” ketika ini.

“Apabila sebut pasal Dajjal orang mrah, kenapa tak boleh cerita pula? Kita harus ingat dan mengingatkan.

“Adakah suasana agama sekarang mampu membantu kita berdepan Dajjal suatu hari nanti?

“Dalam 50 tahun akan datang bagaimanakah situasi agama dalam kehidupan anak-anak kita nanti?

“Adakah agama akan jadi sangat baik? Mampukah yang ada sijil diploma, sarjana muda atau sarjana tu dapat selamatkan diri mereka dari Dajjal?

“Takkanlah tak ada risau atau gentar dalam hati. Jika Dajjal tak keluar zaman kita, ia akan keluar pada zaman anak-anak kita, terutama perempuan. Mampukah mereka berdepan Dajj4l?” soalnya.

Tambah Zul dia mengambil keputusan menamatkan persekolahan anak-anaknya agar mereka mendapat didikan agama yang lebih mendalam untuk bekalan di akhirat nanti.

“Kami ibu bapa berhentikan anak-anak kami dari sekolah bukan kerana tak ambil berat masa depan mereka tapi kami nak anak-anak kami lebih berjaya di akhirat kelak,” tulisnya pada hantaran di Facebook.

Bagaimanapun, pendapat itu tidak disokong pihak lain yang berpandangan akhirat memang perlu diutamakan namun hal duniawi tidak boleh diabaikan.

Diminta mengulas hal itu, Zul berkata, masing-masing ada hak untuk meletakkan di mana kepercayaan mereka.

“Itu hak masing-masing. Masing-masing hidup di dunia ni kena ada keyakinan.

“Setiap manusia Allah SWT bagi keyakingan dan sendiri tahu mana nak letak keyakinan tersebut,” katanya ringkas.

Untuk rekod, ini bukan isu pertama menjadi polemik di platform media sosial Zul. Sebelum ini dia antara lain pernah berkongsi pandangannya mengenai ikhtiar yang boleh dilakukan selain mengambil vaksin.

Zul mendirikan rumah tangga dengan Siti Raihan Mohd Rodzi. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan enam cahaya mata dan tiga daripadanya adalah perempuan.

Sumber : mkini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending