Connect with us

Semasa

Kebenaran Rentas Negeri? Kini Ini Yg bakal Diumumkan MKN & KKM

Published

on

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama)  Keputusan membenarkan pergerakan rentas negeri sekiranya k.es harian C0VID-19 turun kepada dua angka tertakluk kepada penilaian r1siko Kementerian Kesihatan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata KKM akan membentangkan cadangan yang berkaitan kepada Jawatankuasa Teknikal serta Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum sebarang keputusan dibuat.

Kebenaran Rentas Negeri Tertakluk Penilaian R1siko KKM
“Kalau kes menurun kepada dua angka pastinya KKM akan menasihati… kalau ada cadangan baharu sama ada nak membenarkan atau sebaliknya bagi rentas negeri akan dibentangkan KKM.

“Kita tunggu (keputusan) dan berdoa supaya kes ini terus menurun hingga dua angka seperti yang disebutkan Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah),” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

 

Beliau ditanya mengenai kemungkinan pergerakan merentas negeri akan dibenarkan sekiranya kes harian C0VID-19 turun kepada dua angka.

Sebelum ini, Dr Noor Hisham dilaporkan berkata KKM menjangkakan kes harian C0VID-19 dapat diturunkan kepada dua angka pada Mei ini.

Terdahulu, Ismail Sabri mengumumkan kebenaran rentas daerah bagi semua negeri kecuali Sabah bermula 5 Mac.

Sementara itu, ditanya sama ada perbuatan mengh4sut orang ramai men0lak vaks1nasi C0VID-19 merupakan kes4lahan, Ismail Sabri berkata t1ndakan tersebut merupakan kes4lahan di bawah Ordinan D4rurat kerana dianggap mendatangkan khianat awam dengan niat menakutkan orang ramai.

Tunggu 70 peratus rakyat divaks1n baru boleh rentas negeri? Ini penjelasan Dr Noor Hisham

 

Terdahulu, Cadangan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Jumaat lalu yang menyatakan pergerakan rentas negeri dan daerah mungkin dilanjutkan sehingga sekurang-kurangnya 70 peratus rakyat telah diberi sunt1kan vaks1n C0vid-19 nampaknya tidak disenangi banyak pihak.

Terbaharu menerusi sidang media pada Selasa, Dr Noor Hisham tampil mengulas isu gabungan melibatkan 292 persatuan perniagaan yang meminta agar cadangan itu dikaji semula.

“Mungkin kita lihat hanya kepada vaks1nasi atau pencapaian imun1ti kel0mpok. Walaupun kita dah mulakan vaks1nasi pada 24 Februari 2021, tetapi asas t1ndakan kita ialah kes1hatan awam.

“Jadi kalau dilihat hari ini, t1ndakan kes1hatan awam kita berjaya melandaikan kelvk dan sekarang kita ada vaks1n.

“Kedua-dua strategi ini harus dipakai untuk membendvng C0vid-19,” jelasnya pada Selasa petang.

 

 

Kata Dr Noor Hisham, sebarang keputusan juga akan dipvtuskan selepas penilaian dibuat berhubung situasi semasa p4ndemik di negara ini.

“Sebelum menjalankan keputusan kita akan buat penilaian r1siko dan berdasarkan kepada data dan fakta.

“Pertama, situasi semasa kes harian dan kes discaj, seterusnya kadar kebolehjangk1tan, kadar kem4tian, situasi katil dan ICU hospital sama ada dapat menampung kes di sesuatu kawasan.

“Kita lihat juga petugas kesihatan yang dijangk1ti dan uj1an yang dijalankan di lapangan.

“Keputusan akan dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kita akan berbincang untuk seimbangkan sektor ekonomi dan kesihatan sebelum keputusan dimaklumkan kepada umum,” jelasnya lagi.

Sumber: BERNAMA, Siakap Keli

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending