Connect with us

Semasa

PM Akhirnya Umum Rakyat Dibenarkan Rentas Negeri, Tapi Dengan Syarat

Published

on

” Marilah kita sama-sama berdoa agar kita semua dilindungi daripada sebarang mudarat dan diberikan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan yang berkekalan,” antara kata kata
PM selepas menerima suntikan vaksiin COVlD-l9, Pfizer-BioNTech di Pejabat Kesihatan Daerah di Presint 11, Putrajaya.

Rkyat Malaysia yang sudah menerima dua dos vaksiin COVlD-l9 bukan sahaja akan dibenarkan merentas negeri, malah dijangka boleh ke luar negara tertentu, dengan syarat mereka memiliki sijil pengesahan.

Prdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan sudah berbincang dengan beberapa negara bagi membolehkan rakyat negara ini melakukan perjalanan ke negara terbabit.

BeIiau berkata, sijil akan diberikan bagi membuktikan individu itu sudah menerima dua dos vaksiin COVlD-l9, sekali gus menjadi ‘pasport’ untuk mereka bergerak.

” Kita sudah berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara untuk membenarkan sesiapa yang sudah mendapat dua dos suntikan merentas daerah, negeri atau ke sana ke sini, tanpa halangan pihak berkuasa.

” Malah dengan sijil itu juga, mereka boleh melakukan perjalanan ke Jepun, Shanghai, Hong Kong atau Jakarta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Shelly Sheliza Ahmad, peserta pada Sesi ‘Townhall’ Wawasan Kemakmuran Bersama, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

Muhyiddin turut mengulangi nasihat kepada rakyat agar tidak bimbang untuk menerima suntikan vvaksiin itu.

Sebagai individu pertama di negara ini menerima vaksiin, Muhyiddin berkata, beliau tidak mengalami sebarang kesan terhadap kesihatannya.

” Saya sama juga seperti Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg), kekal sihat dan cergas selepas menerima dua dos vaksiin itu.

” Tiada apa yang perlu dibimbangkan, vaksiin itu selamat dan dijamin melindungi kita,” katanya.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin memaklumkan, beliau berada dalam keadaan sihat dan bekerja seperti biasa, selepas menerima suntikan vaksiin COVlD-l9, awal Mac lalu.

Perdana Menteri melahirkan keyakinan yang vaksiin itu selamat untuk dirinya dan selamat untuk rakyat.

” Saya telah mengambil vaksiin dos pertama dan alhamdulillah, cuba lihat saya. Saya sihat, sudah bekerja seperti biasa, makan pun seperti biasa, selera pun macam biasa.

” Vaksiin ini saya kira adalah selamat untuk saya dan insya-Allah, ia juga selamat untuk anda semua.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin di Putrajaya.

Muhyiddin turut mengajak rakyat supaya mendaftarkan diri melalui aplikasi MySejahtera untuk mengambil vaksiin COVlD-l9 sebagai usaha bersama dalam memerangi wabak berkenaan.

Rabu lalu, Muhyiddin menerima suntikan vaksiin COVlD-l9, Pfizer-BioNTech di Pejabat Kesihatan Daerah di Presint 11, Putrajaya, sekali gus menjadi rakyat pertama negara ini yang berbuat demikian.

Penerimaan suntikan pertama bagi Malaysia itu disiarkan secara langsung menerusi pelbagai platform media termasuk di media sosial, bagi membolehkan rakyat mendapat gambaran sebenar dan menyeluruh Program Imunisasi COVlD-l9 Kebangsaan yang bermula secara rasmi pada hari yang sama.

Sumber:bharian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending