“‘IG story’ Hlna Sultan Johor,” Pekerja Ibu Neelofa Disi4sat P0lis

Polis menjalankan siasatan berhubung satu Instagram (IG) Story di akaun milik ibu kepada selebriti popular Neelofa iaitu Datin Noor Kartini yang berbaur penghinaan kepada Sultan Johor.

Menurut laporan BH Online, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata pihaknya menerima satu laporan dibuat oleh ibu Neelofa yang berusia 54 tahun itu, petang semalam.

“Siasatan awal mendapati hantaran dibuat seorang wanita tempatan berusia 32 tahun yang mengaku tersilap menggunakan akaun Instagram milik pengadu dengan membuat hantaran melalui medium InstaStory,” katanya semalam.

Terdahulu, IG Story tersebut tular di media sosial yang memaparkan foto laporan berita disiarkan TV3 bertajuk ‘Sultan Johor Cadang Sekatan Penuh Bersasar’ dengan kapsyen berbentuk kritikan sebelum dipadam.

Bagaimanapun Noor Kartini mendakwa, perkara itu terjadi disebabkan kecuaian seorang kakitangannya yang mempunyai akses bagi membuka akaun Instagram miliknya.

“Dia yang juga pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd secara tidak sengaja memuat naik dalam IG Story tanpa sedar menggunakan akaun saya, @noorkartini.
“Saya sudah membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail berhubung perkara ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya,” tegasnya.


Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.

Sumber: BH Online (Nor Azizah Mokhtar) , Instagram Noor Kartini

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *