- semasa

4 Bekas Pembaca Berita Terkenal Ini Merupakan Isteri VVIP. Ada Yang Bergelar Puan Sri

Selain intipati yang penting dan menarik, wajah cantik pembaca berita yang menghiasi layar kaca juga menarik minat penonton. Hal itu akan membuat penonton berita semakin bersemangat untuk menikmati setiap sajian berita yang dibawakan oleh pembaca berita.

Namun tak hanya cantik saja, seorang pembaca berita juga harus memiliki karisma dalam menyampaikan pesanan dalam berita. Begitu banyak pembaca berita memiliki kelebihan ini di stesyen TV di Malaysia.

Namun tak semua yang masih terus berkhidmat dengan profesi ini. Ada di kalangan mereka yang terpaksa meninggalkan kerjaya untuk memulakan hidup baru selepas berkahwin dengan pilihan hati mereka yang berstatus VVIP.

Kali ini jom kita lihat 4 pasangan pembaca berita dan VVIP yang telah berkahwin dan bahagia sehingga ke hari ini.

1) Datin Sharifah Shawati

Bekas pembaca berita TV3 dan RTM serta perunding imej popular, Datin Sharifah Shawati mendirikan rumah tangga bersama suaminya Datuk Wan Zulkifli Wan Ibrahim 25 tahun lalu dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Wan Adam Syafiq, 20, dan Wan Maya Latisya, 17.

Dalam perkembangan lain, bekas pramugari Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) ini melangkah setapak lagi dalam perniagaan apabila mengeluarkan pakaian jenamanya sendiri, Shawati. Mendapat inspirasi daripada kerjayanya sebagai perunding imej, Shawati tampil dengan koleksi pakaian korporat.

2) Puan Sri Datin Seri Normala Samsudin ( gambar atas)

Normala Samsudin terkenal sebagai pengacara bagi rancangan majalah wanita stesen itu, Nona yang telah bersiaran sejak 1985. Ia menjadi salah satu rancangan TV3 yang paling lama bersiaran. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai penyampai berita Buletin Utama.

Beliau berkahwin dengan ahli politik dan bekas Menteri di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Hj Azmi bin Khalid pada Oktober 2005. Suaminya masih aktif dalam bidang politik. Pada Pilihan Raya Umum ke-11, beliau berjaya mempertahankan penguasaan Barisan Nasional di Parlimen Padang Besar setelah menewaskan pencabarnya dari parti PAS.

3) Datin Nor Azlina Redzuan

Bekas Pembaca berita TV3 dan personaliti TV popular, Datin Nor Azlina Redzuan berkahwin dengan Datuk Yusof Annuar Yaacob, Ketua Pegawai Eksekutif Deutsche Bank (Malaysia). Pasangan ini melangsungkan akad nikah di kediaman keluarga di Kangar, Perlis pada 22 Ogos 2008.

Nor Azlina menerima mas kahwin sebanyak RM30,000 serta sebentuk cincin berlian berharga RM85,000 serta sembilan dulang hantaran. Pihak perempuan pula membalas dengan 11 dulang hantaran.

Personaliti kecil molek itu yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik, mula berkenalan dengan Yusof enam tahun lalu. Yusof yang menduda sejak 14 tahun lalu, juga anak sulung daripada tiga beradik.

4) Tengku Permaisuri Norashikin ( gambar atas)

Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin binti Abdul Rahman merupakan permaisuri kepada negeri Selangor dan isteri kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj iaitu Sultan Selangor yang ke-9.

Sebelum ini, baginda merupakan bekas pembaca berita Radio Televisyen Malaysia dan pramugari Malaysia Airlines dan pernah berkahwin dengan Kapten Mustapha Kamal Halim dan mempunyai dua cahaya mata, Nur Amanda dan Adam Salleh hasil perkahwinan tersebut.

Beliau pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada 2005 (ASA2005).

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Kredit : hangat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *