Home Petua Tips Wanita Jerman Jadi Pilihan Hati, Ini Punca Amir Boleh Terima Gadis Cantik...

Wanita Jerman Jadi Pilihan Hati, Ini Punca Amir Boleh Terima Gadis Cantik Ini…

231
0

Kuala Lumpur: Biarpun sudah lima tahun menetap di Frankfurt, Jerman, usahawan muda dikenali Amir tetap tidak lupa dengan asal usulnya sebagai rakyat Malaysia.

Buktinya, Amir, 25, sentiasa memuat naik video di TikTok bersama tunangnya, Michelle, 23, yang berasal dari Baden Wurttemberg, Jerman berkaitan keistimewaan Malaysia.

Pemuda kelahiran Georgetown, Pulau Pinang itu tidak menyangka perkongsiannya di TikToK mendapat sambutan baik hingga dapat mengumpul 95,500 dalam tempoh lima bulan sejak Ogos lalu.

Penerimaan positif itu mendorong Amir mengaktifkan pula saluran YouTube dikenali Amirchelly Show sejak sebulan lalu di samping menguruskan syarikatnya, AbroadAssist yang bertanggungjawab mengendalikan kemasukan penuntut dalam dan luar negara.

“Asalnya, saya hanya memuat naik video untuk berkongsi kehidupan di perantauan dan jadikannya sebagai hobi pada masa lapang.

“Kebetulan, Michelle pernah ke Malaysia dan jatuh cinta dengan makanan tempatan terutama cempedak goreng dan durian.

“Jadi, kami cuba lakukan aktiviti bersama seperti keluar mencari durian di Jerman selain memasak nasi kandar, kek batik dan pelbagai juadah lain bersama serta merakam video itu dan tidak menyangka ia akan tular serta mendapat sambutan daripada warganet di Malaysia dan Singapura,” katanya ketika dihubungi menerusi kiriman emel kepada Harian Metro.

Bercerita lanjut mengenai hubungannya dengan Michelle, Amir berkata, dia berkenalan dengan tunangnya itu lima tahun lalu ketika menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Kewangan di Universiti Reutlingen, Jerman.

Katanya, sejak itu mereka menjalin hubungan sebelum mengikat tali pertunangan pada tahun lalu dengan restu kedua belah keluarga.

“Mengikut perancangan, kami sepatutnya berkahwin pada tahun lalu namun terpaksa menangguhkannya kerana p4ndemik Cov1d-19 walaupun sudah mengatur majlis resepsi di kedua-dua negara.

“Memang ada jurang di antara kami pada mulanya kerana perbezaan budaya dan bahasa, tetapi akhirnya dapat menerima satu sama lain dengan seadanya.

“Meskipun Michelle anak kelahiran Jerman, keluarganya pernah menetap di Kazakhstan. Jadi, dia tahu membawa budaya timur seperti memberi salam, tidak memakai kasut di dalam rumah, berpakaian sopan dan ia memudahkannya memahami budaya dan menyesuaikan diri di Malaysia,” katanya.

Amir berharap perkongsiannya dan Michelle di TikTok mahupun YouTube dapat memberi inspirasi kepada pengikut mereka.

Beliau berkata, mereka hanya mahu menyampaikan mesej positif iaitu perbezaan budaya bukan penghalang untuk bersama pasangan.

“Diharap pengikut kami sentiasa bersama keluarga dan insan tercinta walaupun dalam situasi yang mencabar,” katanya.

Sumber: HM

Previous articleAbam Polis Berdiri Kat Roadblock Pegang Kertas Tertulis ‘Sepatutnya Hari Ini Saya Nikah’. Ini Punca Sebenar
Next article“Saya Minta Maaf,Saya dah beli kayu dah kumpul 7 orang guru” Terkini Ini Berlaku Pada Ustaz Ebit Lew

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here