Home Petua Tips Siti Bakal Timang Anak Kedua ?Jika Betul Aafiyah Akan Bakal Jadi Kakak

Siti Bakal Timang Anak Kedua ?Jika Betul Aafiyah Akan Bakal Jadi Kakak

316
0

PENYANYI tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza merancang untuk menambah cahaya mata kedua tahun ini.
Siti, 41, berkata dia akan mendapat nasihat doktor kerana perlu melalui proses rawatan kesuburan, In vitro fertilisation (IVF) sama seperti anak sulung, Siti Aafiyah.

“Insya Allah, sebab saya pun usia makin meningkat.

Saya menyasarkan sebelum usia 43 tahun. Walaubagaimanapun saya tetap menjalankan apa yang doktor sarankan dengan mengikut segala prosuder sama macam dulu iaitu IVF.

 

“Sebab masa buat dulu saya masih ada embrio yang disimpan. Jadi, insya Allah. Ini semua rezeki Allah. Kalau letak, ia menjadi, begitulah sebaliknya.

 

“Apa pun, saya berserah pada Allah. Kalau Allah kata ada rezeki lagi, saya bersyukur.

Kalau tidak ada pun, tidak mengapa. Ini kerana, Aafiyah satu-satunya doa yang saya menanti setelah sekian lama. Paling penting, saya kena fikirkan kesihatan saya juga,” katanya kepada Harian Metro.

Siti yang ditemui pada sambutan ulaang tahun ke-41 dan ke-16 kelab peminatnya, SitiZone petang tadi berkata, dia akan berehat panjang jika sudah menjalankan proses itu.

 

 

“Kalau saya sudah mulakan prosuder itu, memang saya kena berehat seperti biasa. Saya masih ada beberapa kali untuk berjumpa doktor sebab kena melalui beberapa peringkat.

“Kalau doktor kata kena buat peringkat yang saya tak perlu berehat, saya masih boleh aktif menyanyi.

“Tapi, kalau saya sudah buat peringkat paling tinggi dan memerlukan rehat, saya akan berehat. Jadi, kalau tengok saya agak senyap di media sosial, maksudnya saya sedang ‘mengeram’,” katanya.

Ditanya mengenai soal jantina anak yang diingini, Siti yang sedang mempromosikan single Terang berkata dia mahukan anak lelaki.

 

“Kalau boleh nak sepasang iaitu lelaki pula. Sebab sudah ada perempuan. Tapi, saya tetap berserah kepada Allah.
“Apa pun yang Allah berikan, sekiranya Allah izinkan saya terima saja,” katanya.

Terdahulu, pada 2017, Siti berkongsi berita kehamilan pada usia 38 tahun iaitu selepas 11 tahun berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa, 61, atau dikenali sebagai Datuk K.

 

 

View this post on Instagram

 

candid..

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Itu adalah khabar terindah dalam hidupnya selepas mengalami keguguran pada November 2015.

Siti mengaku menjalani rawatan kesuburan IVF dalam usaha mendapatkan cahaya mata pertamanya hasil perkahwinan dengan Datuk K.

Rawatan IVF itu adalah percubaan ketiga dilakukan Siti sepanjang tempoh 11 tahun berkahwin dengan suami.

Siti selamat bersalin anak perempuan yang diberi nama Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018 dan kini Aafiyah mencecah usia dua tahun.

Sumber : hmetro

Previous articleBila Noor Nabila Kata Sharnaaz Tidak Ada Usaha Berdamai, Sharnaaz Jelaskan Dia Diam Ada Sebabnya
Next articleTahniah, Cikgu Azlan Dan Elly Mazlein Akhirnya Bersatu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here