“Abang Van!..” 3 hari tidur dalam van, sendirian memandu dari Ipoh hantar sumbangan untuk mngsa bnjir

RAMAI rakyat Malaysia masih terkesan dengan bnjir yang berlaku baru-baru ini.

Lebih mengharukan apabila ramai antara kita tidak putus-putus menghulurkan bantuan buat mereka yang terjejas dek trgedi yang melanda.

Tidak terkecuali pemuda ini yang menggunakan van uzur miliknya untuk membuat penghantaran bantuan banjir secara percuma di kawasan terjejas.

Menurut Muhammad Shuhur Azizuddin, 33, dia amat bersimpati dengan nasib yang menimpa mngsa bnjir dan mahu memberi sumbangan tetapi mengakui dia secara peribadi tidak mampu untuk menyumbangkan wang.

Mesra disapa Shuhur, pemuda ini kemudian mengambil inisiatif untuk menghebahkan hasrat membantu mngsa melalui ihsan dan bantuan netizen di akaun media sosial miliknya.

Antara agihan barangan yang dimasukkan ke dalam van untuk mngsa bnjir.

“Saya ada buat satu posting di akaun Facebook, siapa mahu berikan sumbangan saya boleh tolong hantarkan guna van terus kepada mngsa-mngsa.

“Alhamdulillah, ramai yang mesej saya secara personal cakap nak bagi bantuan dalam bentuk duit tapi saya menolak kerana tkut untuk memegang amanah berat sedemikian.

“Keesokan harinya, ada seorang kawan saya yang terkesan dengan banjir berada di Hulu Langat beritahu jenis bantuan yang diperlukan. Dia bagi senarai barang apa yang dia nak guna,” ujarnya.

Orang ramai turut bantu dalam memberi sumbangan.

Bercerita lanjut kepada mStar, Shuhur berkata dia pada mulanya langsung tidak mended4hkan nombor akaun bank miliknya kerana nekad hanya membantu menghantar barangan sumbangan orang ramai.

Namun setelah mendapati terlalu ramai yang mahu berikan sumbangan berbentuk wang, Shuhur terpaksa menerimanya sehingga ada yang memberi duit poket dan duit minyak untuk van yang digunakan.

Gambar van yang digunakan Shuhur dalam misi bantuan mangsa banjir.

Jumlah kutipan wang terkumpul pada ketika itu melebihi RM4,000 berserta barang sumbangan orang ramai yang dibawa kepada mangsa banjir kawasan Sri Nanding di Hulu Langat, Selangor.

“Antara sumbangan yang saya utamakan seperti syampu, sabun mandian, tuala wanita, bantal, alatan mencuci juga makanan.

“Disebabkan dana terkumpul masih berbaki, saya habiskan duit tersebut dengan meneruskan bantuan keesokan harinya jadi saya bermalam di Selangor. Saya agihkan semua bantuan kemudian saya kosongkan van untuk tidur dalam tu.

Shuhur bermalam di dalam van miliknya.

“Susah juga masa tu saya nak habiskan baki kutipan tu sebab bekalan barangan banyak sudah habis diborong oleh pihak lain yang mungkin juga membantu mangsa banjir ketika itu.

“Tiga hari juga saya di Selangor menghabiskan dana. Duit poket saya pun pada ketika itu hanya cukup sekadar duit minyak dan tol sahaja.

“Van saya pada ketika itu pun bukan dalam keadaan baik, kadang-kadang overflow sampai saya terpaksa ambil masa untuk menghidupkannya, maklumlah van saya ni dari tahun 90-an dan dah uzur,” ujarnya.

Antara bukti pembelian yang dibuat oleh Shuhur setelah menerima dana daripada netizen.

Anak jati Ipoh, Perak ini berkata dia mengambil upah memotong rumput dan berkebun di sekitar kawasan Perak selain turut mengusahakan perniagaan madu kelulut di belakang rumahnya demi kelangsungan hidup.

Dia turut mempunyai akaun YouTube di mana dia berkongsi segala cerita perjalanan serta proses dalam misi membantu mangsa-mangsa banjir ini.

Bagi Shuhur, dia sememangnya tidak mampu memberi bantuan dalam bentuk wang ringgit selain masa dan tenaganya, tetapi berkat kesungguhannya dalam membantu mangsa banjir segala urusan dipermudahkan oleh-Nya untuk menjadi perantara orang lain yang mahu menyumbang bantuan.

Kisah mengenai Shuhur tular di media sosial selepas dia sanggup datang dari Perak ke Selangor dengan hanya menaiki van uzurnya bagi membantu mangsa banjir di sekitar Selangor baru-baru ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.malaysiatime.me/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*