Ustz Ebit dedah ada org berkuasa ugvt dia beri bantuan di Kedah sekali netizen ‘petik’ org berkuasa itu

Perkongsian Ustaz Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew sekali lagi mendapat perhatian warganet.

Beliau dilihat meluahkan perasaan yang mungkin sudah lama dipendamkan di hati sehingga beliau sendiri sebak mengalirkan air mata.

“Saya takde sokong mana-mana parti. Saya pun takde sokong mana-mana orang.

“Saya tak kisah bangsa apa, agama apa, daripada dulu lagi.

“Saya susah nak benci orang daripada dulu lagi. Saya susah nak lawan orang. Saya susah nak kata sapa-sapa. Saya susah nak berg4duh sapa-sapa.

“Tapi kebelakangan ini orang tak berhenti datang, semua orang nak cari g4duh dengan saya.

“Semua orang nak cakap bukan-bukan dekat saya. Mesej yang bukan-bukan. Cakap bukan-bukan.

“Yang ugut saya pun ada jugak. Ugvt saya yang bukan-bukan.

“Saya pun macam sedih. Yang ugvt macam-macam orang ada. Cakap dekat saya, ada orang besar, ada orang berkuasa, ugut saya.

“Saya jadi mac.. Saya jadi sedih..

“Saya memang tak takut siapa-siapa daripada saya kecik. Saya tak takut siapa-siapa. Saya cuma tahu hidup saya Allah yang tentukan.

“M4ti saya Allah yang tentukan, saya tak takut siapa-siapa.” luah Ustaz Ebit Lew sehingga beliau menangis mengalirkan air mata.

Sebelum ini Ustaz Ebit teruk dikec4m oleh pegawai Menteri Besar Kedah dan penyokong Pakatan Harapan (PH) dengan dakw4an memberi sumbangan di kawasan jajahan mereka tanpa meminta izin.

Ustaz Ebit juga dilabel sebagai riak oleh Ustaz Abu Syafiq kerana merakamkan aksinya memberi sumbangan kepada orang miskin.

Selain itu beliau juga difitn4h menyelewengkan wang sumbangan orang ramai untuk membeli kereta mewah oleh individu yang sama selain ditvduh sebagai k4fir.

Netizen sempat memberikan kata-kata semangat kepada Ustaz Ebit dan menasihatkan agar tidak menghiraukan ‘orang besar’ atau ‘orang berkuasa’ tersebut.

Rata-rata netizen meneka orang besar atau orang berkuasa yang dimaksudkan adalah pegawai-pegawai politik Menteri Besar Kedah yang sebelum ini mengec4m Ustaz Ebit ketika memberikan sumbangan kepada keluarga m4lang Pak Aq sehingga beliau dipanggil hadir ke Bukit Aman.

Sedikit sebanyak tentulah terbentak hati Ustaz Ebit kerana beliau hanya datang untuk membantu, bukan untuk berpolitik sehingga diserang dan diadukan kepada pihak polis. Padahal yang dibantu adalah sesama Islam.

 

https://youtu.be/6ZIV4LzhmZw

Sumber cinca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*