Home Petua Tips Ada Orang Puji Dato Aliff Syukri Penyanyi Nombor 1, Sekali Apa Yang...

Ada Orang Puji Dato Aliff Syukri Penyanyi Nombor 1, Sekali Apa Yang Zizan Razak Komen Buat Aliff Keccewa

75
0

SELEPAS kejayaan lagu Jom Raya pada tahun 2019, usahawan kosmetik yang juga bergelar penyanyi iaitu Datuk Seri Aliff Syukri tampil pula dengan lagu baharu sempena Aidilfitri ini.

Menurut Aliff atau nama sebenar Aliff Syukri Kamarzaman, 34, dia nekad merakamkan lagu raya baharu selepas menyedari ramai peminat merindui suara lunaknya itu.

Lagu berjudul La La Raya 2021 itu merupakan hasil ciptaan Amy Ukays bersama isteri Aliff iaitu Datin Seri Nur Shahidah Mohd Rashid.

Pada tahun 2019, Aliff menyanyikan lagu Jom Raya bergandingan bersama Bella Astillah dan Zizi Kirana.

Lagu pertamanya itu menerima pelbagai reaksi pendengar dan rata-ratanya terhibur melihat aksi bersahaja jutawan kosmetik ini.

Bosan mak tiap tahun nak buat lagu raya… memang hati kebal budak ni, malas nak layan!

Sementara itu, menerusi laman Instagram Aliff meminta pandangan orang ramai mengenai perancangan untuk tampil dengan single baharu itu.

Komen seorang netizan teryata mencuri perhatian Dato Aliff kerana dia telah dinobatkan sebagai penyanyi no satu negara menggantikan Dato Siti hanya kerana kes langgar SOP

Jika dilihat hari demi hari ada sahaja individu yang melanggar SOP, tidak kira rakyat biasa, golongan selebriti, golongan kenamaan atau siapa sahaja.

Tertarik dengan satu twit oleh seseorang itu, usahawan jutawan Datuk Seri Aliff Syukri telah memuat naik posting tersebut yang menunjukkan pujian ke atas dirinya.

Twit itu menyebut tentang sikap positif Aliff yang tidak pernah mempunyai isu pelanggaran SOP seperti mana-mana selebriti atau golongan kenamaan yang lain.

Lebih menarik lagi, twit tersebut turut mengatakan beliau sesuai jika dijadikan penyanyi nombor satu Malaysia!

“Serius kee i penyanyi no 1.. segan lahh awak byk lagi sy kena beajar dengar @ctdk syukurr trending no1 di maalysia.. dengar citer dah tembus indonesia,brunei dan singaporee.. inyallah lps ni sy buat show utk hiburkan korang okey” tulis Dato Aliff

Walaupun terkejut dengan twit tersebut tetapi Aliff tetap berasa segan selepas menerima pujian tersebut.

Para pengikutnya turut meninggalkan pujian dengan sikap bagus yang ditunjukkan olehnya.

Tidak mahu ketinggalan, Datin Seri Shahida turut meninggalkan komen pada posting tersebut dan mengatakan bahawa beliau ‘tidak sanggup’ untuk mendengar suaminya menyanyi dengan lebih rancak dirumah.

Namun komen dari pelawak terkenal, Zizan Razak ternyata mencuri tumpuan ramai sehinggakan di balas dengan emoji kecewa oleh Dato Aliif

Apa pun, semoga beliau tetap tidak tergolong dalam kalangan mereka yang melanggar SOP.

Terdahulu Dato Siti telah memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang tersinggung dengan insi.den itu.

“Kesempatan ini juga kami ingin memohon maaf jika apa yang berlaku ini menerbitkan rasa kurang senang kepada mana-mana pihak.

“Kami memahami dan berlapang dada dengan setiap teguran yang diberi. Kami juga bersedia memberi sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa jika diperlukan.

“Ini adalah kenyataan terakhir daripada kami mengenai isu ini. Saya ingin fokus berpantang selepas melahirkan Muhammad Afwa dan berharap agar perkara ini dapat diselesaikan serta difahami dengan baik,” katanya.

Kontroversi tercetus selepas tular beberapa foto memaparkan seorang menteri dan pendakwah bebas terkenal dilihat hadir ke majlis tahnik yang dianjurkan di kediaman Siti.

Susulan daripada itu, netizen mempersoalkan bagaimana salah seorang pendakwah yang dipercayai menetap di Terengganu, dibenarkan merentas negeri untuk hadir ke majlis berkenaan.

Malah, ada netizen terkilan dengan penganjuran majlis berkenaan ketika rakyat Malaysia dilarang merentas negeri selain atas tujuan kecemasan.

Lawak! Ramai Setuju Bila Ibu Komen Suara Aliff Syukri – “Memang Tak Sedap, Macam Kereta Habis Brek”

Ibu kepada usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri, Rozita Ibrahim mendapat perhatian selepas tampil memberikan komen terhadap suara anaknya itu.

Aliff menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya memuat naik video pendek merakamkan dirinya sedang menjalani latihan vocal sebagai persediaan untuk menyanyikan lagu rayanya sendiri.

“Alhamdulillah kelas vokal dah selesai. Syukur Alhamdulillah kehadrat ilahi akhirnya ramai orang menghargai bakat saya terima kasih banyak-banyak saya amat gembira,” tulisnya.

Bagaimanapun video berkenaan mendapat reaksi daripada ibunya sendiri.

“Janganlah netizen, suara Kri memang tak sedap. Saya dipihak netizen sekarang, suara dia tu saya umpamakan macam kereta habis brek.

“Menanti kecaman dari mak orang pertama. Kau nak sakat rakyat Malaysia macam kau sakat mak. Menangis artis lain.

“Sampai mereka nak berhenti jadi penyanyi gara-gara kau lah. Tiba-tiba auto tune merdu suara kau kan!” tulisnya diruangan komen.

Dalam pada itu, netizen yang terhibur dengan komen Rozita juga bersetuju dengan pendapatnya.

Datuk Seri Aliff Syukri sebelum mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi teaser lagu raya nyanyiannya yang akan dikeluarkan jika ia mendapat permintaan yang tinggi.

Untuk info, Aliff pernah mengeluarkan lagu raya berjudul Jom Raya hasil duet bersama Zizi Kirana dan Bella Astilah pada tahun 2019.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.tehtarikkaw.com/

Previous article“Isteriku P0sitive HamiI..” Atta Halilintar K0ngsi Isteri Bvnting PeIamin, HamiI Selepas Sebulan Nikah
Next article“Mana Ada Kotor Akak, Kita Semua Sama je” -Makan Bersila Bersama Gelandangan, Sifat Rendah Diri Ebit Lew Raih Perhatian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here