- semasa

‘Adik Afdlin Shauki Telah Pulang Ke Rahmatullah’ Inilah Kata-Kata Terakhir Dari Afdlin Untuk Arwah Adiknya Buat Netizen Sebak

Ketentuan Allah SWT tetap berlaku dan segala usaha Afdlin Shauki untuk mengubati adiknya mendapat simpati dari para Netizen dan sesungguhnya apa yang beliau lakukan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT namun tiada siapa yang mendapat melawan takdir dan kuasa Yang Maha Mutlak dan inilah yang berlaku pada adik Afdlin Shauki,Sesunggunya Allah SWT lebih menyayangi hambaNya yang baik dan soleh.

Ini kata-kata dari Datuk Afdlin Shauki petang tadi “SEKARANG adik dah boleh jaga mak, insya-Allah di jannah. Tak aci ‘korang’ dah bersama,” tulis pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki susulan adiknya, Jefri Adzman Aksan disahkan meninggal dunia jam 5.14 petang hari ini.

Berita sedih itu disampaikan Afdlin menerusi laman sosialnya.

“Adik lelaki saya, Jefri Adzman Aksan pulang ke rahmatullah hari ini jam 5.14 petang di Hospital Thomson, Kota Damansara.

“Pada yang mengenali adik saya, saya memohon maaf segala kesilapan beliau dan halalkan makan dan minumnya.

“Jika adik saya ada berhutang dengan sesiapa, bolehlah menghubungi saya,” tulisnya.

Semalam, pelakon Bikers Kental itu memohon bantuan orang ramai untuk mengesan kereta Perodua Myvi berwarna hijau yang dipercayai melanggar Jefri pada petang Ahad lalu.

Menerusi rakaman video di Instagram (IG) Live pelakon itu, Afdlin meminta sesiapa yang mempunyai rakaman ‘dashcam’ dan menjadi saksi kejadian untuk menghubunginya segera.

Dalam rakaman itu, beliau turut menunjukkan lokasi nahas yang dipercayai berlaku di simpang tiga lampu isyarat berhampiran stesen minyak Petronas, Kota Damansara.

Harian Metro sebelum ini turut melaporkan Jefri berada dalam keadaan kritikal dan sudah menjalani pembedahan selama empat jam bagi membuang darah beku di otak.

Malah, Afdlin melalui laman sosial, turut merayu bantuan orang ramai untuk mencadangkan mana-mana pakar neurologi bagi mendapatkan pandangan kedua mengenai situasi menimpa adiknya itu.

Mari kita sedekahkan Fatihah untuk adik Afdlin Shauki,Al Fatihah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *