- semasa

Agong dan Permaisuri Singgah Di Bazar Ramadan Kuantan,Tak Sangka Yang Ini Yang Di Beli Baginda

KUANTAN 15 Mei – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat berbuka puasa bersama rakyat di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1 di sini hari ini.

Seri Paduka tiba di Padang MPK 1 pada pukul 6.50 petang diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Seri Paduka bersama Raja Pemaisuri Agong terlebih dahulu meninjau bazar Mahkota Square di sini dan membeli juadah berbuka puasa.

AL-SULTAN ABDULLAHRI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat Bazar Ramadan Taman Kerang di Kuantan, Pahang hari ini. – 

Antara juadah yang dibeli Seri Paduka bersama Raja Pemaisuri Agong ialah air katira, air durian belanda, puding raja, sata dan pulut panggang.

Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah turut beramah mesra dengan penjual di bazar berkenaan.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak dan barisan Exco kerajaan negeri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih,Kekasih Jiwang

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kekasih Jiwang

sumber : utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *