- semasa

Agong Singgah Minum di Cafe Putrajaya. Apa Yang Terjadi Dan Tindakan Baginda Ini Buat Orang Ramai Terkejut

Warga Putrajaya pada baru-baru ini diserikan dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang berkenan mencemar duli berangkat ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu Ahad lalu.

Walaupun baharu sahaja mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong, sifat ramah mesra yang berteraskan prinsip ‘raja dan rakyat berpisah tiada’ itu terus subur dan tersemat di dalam sanubari diri Seri Paduka.

Perkara itu boleh dilihat menerusi kesudian Al-Sultan Abdullah yang berkenan mencemar duli berangkat ke Kafe Umai di Presint 2 pada 3 Februari lalu yang sekali gus menjadi pengalaman berharga dan tidak boleh dilupakan bagi pemiliknya, Datin Jamaliah Ja’afar.

Menurut Jamaliah, beliau tidak sangka kerana kafe yang diusahakan sejak 2011 itu menjadi pilihan Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj untuk santap minum petang bersama dua puteri baginda, Tengku Puteri Iman Afzan dan Tengku Puteri Ilisha Ameera.

” Kira-kira pukul 3 petang, seorang pegawai Seri Paduka menghubungi anak saya, Amir Redza Mohd. Tajuddin yang memaklumkan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah akan mencemar duli ke Kafe Umai, mula-mula kami macam tidak percaya, tetapi setelah pegawai itu terus mengesahkan bahawa Seri Paduka dan Raja Pemaisuri Agong dijangka berangkat pukul 5.30 petang.

” Sebaik Al-Sultan Abdullah tiba, kami menyembah maklum kepada tuanku bahawa kami ada menyediakan ruangan khas di bahagian atas, sebaliknya Seri Paduka menitahkan ingin santap di tempat makan bersama-sama rakyat jelata lain,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam masa sama, Amir Redza berkata, beliau menyembahkan senarai menu kepada Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dan memaklumkan kepada baginda berdua mengenai makanan yang menjadikan tarikan pengunjung di situ.

” Antara juadah makanan yang dipilih Seri Paduka bersama Raja Pemaisuri Agong adalah roti jala, lempeng pisang, lempeng kelapa, cucur udang manakala dua puteri baginda pula memilih nasi lemak.

” Kami amat berdebar-debar sama ada masakan kami sedap atau sebaliknya memandangkan Tunku Azizah adalah dikenali dengan hobi suka memasak, Alhamdulilah akhirnya baginda berdua bertitah makanan-makanan disediakan itu ‘nice’ (baik) dan ini kami bersyukur sangat,” katanya.

Kata Amir Redza lagi, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah meluangkan masa kira-kira lebih satu jam disamping beramah mesra dengan orang ramai di kafe itu.

” Malah Al-Sultan Abdullah juga berkenan untuk belanja makan kira-kira 60 orang yang berada di kafe kami dan di sini juga memperlihatkan lagi keperibadian Seri Paduka dalam menyantuni rakyat dengan penuh mesra,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Sumber : utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *