Home Petua Tips “Amal Makan Bel4can Untuk Kekal Kac4k”-Mat Sentul

“Amal Makan Bel4can Untuk Kekal Kac4k”-Mat Sentul

237
0

Menghargai sumbangan besar bintang legenda ini kepada dunia seni, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor menyalurkan bantuan RM500 sebulan kepada Mat Sentul atau nama penuhnya, Abdul Rashid Yahya yang kini menginjak usia 88 tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Zaiton Ismail, berkata bantuan bulanan itu akan bermula Mei ini, bagi membiayai keperluan sara hidup pelawak veteran itu.

Kredit foto: Berita Harian

“Kita beri sumbangan kotak kotak makanan kepada Mat Sentul selain bantuan bulanan sebanyak RM500 mulai Mei ini.

“Pemberian ini adalah bagi menghargai sumbangan dan jasa beliau dalam industri hiburan terutama perfileman.

“Mat Sentul masih sihat… Kita sama-sama doakan legenda hebat ini akan terus diberikan kesihatan baik,” katanya menyampaikan bantuan di kediaman pelakon filem Mat Tiga Suku itu di Larkin, Johor Bahru, semalam.

Mat Sentul yang menjadi pengarah bagi beberapa siri filem menggunakan judul ‘Mat’ menetap bersama anak lelakinya, Roslee Rashid, 59.

Zaiton berkata, Mat Sentul adalah antara 11,373 penerima bantuan JKM Johor di Johor Bahru.

“Sejak Januari lalu hingga sekarang, sebanyak RM4 juta diperuntukkan setiap bulan untuk diagihkan kepada lebih 11,000 penerima,” katanya.

Sementara itu, Mat Sentul yang ditemui berseloroh gemar makan belacan sebagai rahsia mengekalkan wajah tampan.

“Saya makan belacan selalu, sebab itu masih kekal ‘handsome’,” katanya sebaik menerima sumbangan daripada Zaiton.

Kredit foto: Berita Harian

Gelagat pelakon filem Mat Bond itu yang sentiasa ceria dengan lawak jenaka mengundang tawa Zaiton dan tetamu yang hadir.

Mat Sentul mendakwa, orang Melaka terutamanya di Tanjung Kling ramai tampan kerana selalu makan belacan.

Mengaku tidak menghidap penyakit kronik, Mat Sentul suka mengisi masa lapang dengan berjalan-jalan.

Namun, sejak akhir-akhir ini, aktiviti itu terpaksa dikurangkan kerana lututnya tidak kuat untuk berdiri.

“Saya suka berjalan-jalan. Pada Ramadan, saya suka pergi bazar untuk mencari kuih tradisional. Saya tidak suka makan kek.

“Setiap hari, anak akan temankan saya berjalan kaki ke bazar. Saya tidak suka pergi lewat petang, suka pergi awal untuk lihat gelagat orang berniaga dan membeli makanan.

“Penyakit kencing manis atau darah tinggi semuanya tidak ada, cuma lutut saya tidak kuat untuk berdiri,” katanya.

Walaupun tidak lagi aktif dalam dunia seni, Mat Sentul masih giat menulis skrip berkisar kehidupannya.

“Saya rindu rakan seangkatan yang sezaman dengan saya. Saya suka buat skrip cerita lawak.

“Hendak tengok tak boleh… Rahsia,” selorohnya sambil meletakkan jari di bibir.

Mat Sentul mempunyai lima anak lelaki dan 15 cucu. Isterinya, Allahyarham Jamilah Kasri, 71, meninggal dunia, Disember lalu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : http://www.dnq.pw/

Previous articleLepas ‘H1lang’ Di Bazar, Anak Zarina Zainuddin ‘D4kwa’ Selebriti L4nggar SOP Pula
Next article“Cuba tanya dia, kita tak tahu” – Sharifah Sakinah Did4kwa Sudah ‘Meningg4lkan’ Malaysia, Kakak Jawab T4k Tahu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here