Home Petua Tips Selama 4 Tahun Tidak Pernah Jumpa, Akhirnya Anak Terbuka Pintu Hati Jumpa...

Selama 4 Tahun Tidak Pernah Jumpa, Akhirnya Anak Terbuka Pintu Hati Jumpa To’ki

260
0

Jika sebelum ini, anak kepada penyanyi terkenal, To’ki memberitahu dia memerlukan sedikit masa untuk berjumpa dengan ayah kandungnya itu.

Terbaru, Noor Hidayah atau lebih dikenali sebagai Yaya sudah bertemu ayahnya. Pertemuan pada Jumaat lalu, merupakan pertemuan pertama mereka setelah empat tahun tidak bertemu.

Teguran mereka memberi kesedaran

Awalnya, saya cukup terkesan dengan komen netizen, tetapi apabila direnung semula, teguran mereka memberi kesedaran. Walaupun macam mana pusingnya dunia, dia tetap ayah saya, tiada apa yang dapat mengubah hakikat itu.

Alhamdulillah, berkat nasihat yang baik dan doa orang ramai, saya bertemu dengan ayah selepas empat tahun tidak berjumpa. Hubungan kami sekarang baik-baik sahaja, malah jujurnya, saya gembira hingga menitiskan air mata. Sememangnya setiap apa yang terjadi, ada hikmahnya. Disebabkan kisah tular, saya dapat berjumpa ayah.

Menurut Yaya, dia sangat terkesan selepas membaca komen netizen berhubung isu sudah lama tidak berjumpa dengan ayahnya.

Pada mulanya, dia mengakui memerlukan sedikit masa namun, teguran tersebut seakan memberi kesedaran dan membuatkan dirinya hendak berjumpa semula dengan bapa kandungya itu. Ujar Yaya lagi, dia dan suami turut membawa adik-adiknya bertemu ayah.

Berbual di telefon

Melihat ayah bahagia bersama isterinya sekarang, kami juga gembira. Isterinya baik, melayan kami seperti keluarga sendiri ketika kami ke rumahnya. Ibu selalu berpesan tidak melupakan ayah. Dia, antara insan yang paling gembira melihat kami berjumpa ayah.

Selepas ini, insya-Allah kami akan selalu berjumpa ayah. Selepas apa yang terjadi, kami adik beradik merasakan ayah layak untuk hidup gembira dan sekarang, kami mahu menggembirakan ayah.

Pada pertemuan tersebut, To’ki berpeluang untuk berjumpa anak, cucu dan menantunya. Cuma, anak sulungnya sahaja tidak berpeluang kerana mempunyai urusan lain. Yaya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu ayahnya. Sebagai anak, dia sememangnya mahu melihat ayah hidup selesa.

Sumber : ohbulan

Previous articleSetelah Pelajar Tingkatan 3 Meningg4l Dunia Slps Pengsan Di Sekolah,Menteri Kesihatan Tampil Jelaskan Status Covid Atau Tidak
Next article“Suami Saya Tak Suka, Tapi…” – Faye Kusairi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here