Home Petua Tips Anak Baru 4 Bulan Tapi Hamil Lagi, Netizen Kasihan Anak Tak Dapat...

Anak Baru 4 Bulan Tapi Hamil Lagi, Netizen Kasihan Anak Tak Dapat Perhatian

116
0

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti impikan cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga. Ada yang mungkin mahukan hanya dua atau tiga orang anak sahaja, namun ada yang inginkan ramai anak sehingga 13 orang.

Tiada masalah untuk memiliki anak ramai, namun pasangan digalakkan untuk membuat perancangan terlebih dahulu agar usia anak tidak terlalu dekat.

Ini kerana ada yang bimbang jika usia anak terlalu rapat bimbang tidak dapat memberikan kasih sayang secukupnya kerana terlalu fokus dengan anak yang baru.

Namun, jika sudah tertulis rezeki, tiada siapa dapat menolak. Seperti yang berlaku pada wanita bernama Radhiah ini yang disahkan hamil lagi sedangkan anak sulungnya masih berusia 4 bulan.

Menerusi perkongsian di TikTok, Radhiah berkata dia sering merasakan tidak sedap badan dan membuat keputusan untuk melakukan ujian kehamilan.

Namun, terkejut apabila hasilnya positif. Menerusi entri itu, Radhiah meluahkan rasa syukur di atas rezeki zuriat diberikan.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tumpang gembira. Namun, ada yang bimbang dengan kesihatannya yang baru sahaja beberapa bulan melahirkan cahaya mata.

Tidak kurang juga, ada yang meluahkan rasa kasihan pada anak bongsu wanita itu yang belum cukup kasih sayang tetapi akan dapat adik baru lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://gulapop.com/

Previous articleSiti Nurhaliza, Datuk K Mohon Maaf
Next articleIsu Langgar SOP Dalam Majlis Berbuka Puasa, Caprice Tampil Petik Nama Nurin Afiqah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here