- PENGETAHUAN AM, TIPS, VIRAL

Anak Demam Lepas Mandi Kolam? Doktor Dedahkan Sebabnya Yang Ramai Tidak Tahu

Anak Demam Lepas Mandi Kolam ? Doktor Dedah Puncanya Yang Ramai TAK TAHU | Musim cuti sekolah ni memang ramai anak-anak berpeluang mandi kolam renang hotel kan. Pernah terfikir tak kenapa kadang-kadang anak boleh tiba-tiba demam lepas mandi kolam? Ini jawapan doktor yang ramai tak tahu. Tolong jangan abaikan artikel ini.Mari Kita Baca pesanan Dari Doktor Taufiq Razif

Doktor Taufiq Razif HATI-HATI DENGAN KOLAM MANDI Saya paling risau kalau anak anak jadi sakit bila balik dari mandi kolam! Tak kisah la jadi demam biasa ke, batuk batuk ke ataupun cirit birit ke sebab jatuh sakit lepas balik daripada mandi kolam ni adalah sejenis Recreational Water Illness ( RWI ) Kuman dalam air kolam tu ada bermacam jenis.. Ada E. Coli, ada juga parasit contohnya Cryptosporidium yang memang susah nak mati walaupun air kolam tu dah diletakkan klorin. Sekali kuman kuman ni semua masuk ke dalam saluran penghadaman, boleh kena cirit birit anak kita tu. Kalau masuk ke telinga dan mata boleh jadi jangkitan. Mata pun mula la jadi pedih dan merah menyala.
Kalau anak kita ada luka kat badan mereka lagi la bahaya. Terus kuman kuman tu boleh masuk ke pembuluh darah anak kita. Tu la kenapa kalau anak jatuh sakit bila balik daripada mandi kolam, cepat cepat bawa anak jumpa doktor ye!
p/s : Pssst.. Kalau air kolam tu bau klorinnya kuat sangat pun hati hati ye. Tu biasanya bau klorin yang dah banyak bercampur dengan najis dan kencing
p/s : Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu ye sebab rasanya ramai lagi yang belum tahu tu.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newscoviral

Sumber: FB Dr Taufiq Razif kredit : khalifahmedianetworks.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *