Home Petua Tips Anak Selamba Lompat Atas Kereta BMW, Netizen Puji Kesabaran Dr Sheikh Muszaphar

Anak Selamba Lompat Atas Kereta BMW, Netizen Puji Kesabaran Dr Sheikh Muszaphar

60
0

Kini mempunyai enam cahaya mata, ramai ibu bapa menjadikan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar sebagai contoh dalam membesarkan anak-anaknya.

Baru-baru ini, Dr Muszaphar ada memuat naik video kedua anak kembarnya iaitu Adam dan Noah melompat daripada satu kereta ke sebuah kereta yang lain.

BACA: Dr Sheikh Muszaphar Mahu 6 Anaknya Ikut Jejak Langkah Jadi Doktor


Lebih mengagumkan, Dr Muszaphar dengan penuh sabar menyuruh anak-anaknya berhenti melompat dan turun daripada kereta menjadi perhatian netizen.

Rata-rata netizen memuji Dr Muszaphar yang tetap sabar dalam mendidik anak-anak meskipun tahu tindakan kedua kembar tersebut boleh memberi kesan pada keretanya.

Tidak kurang juga, ada yang membandingkan cara mereka mengasuh anak-anak dengan mengatakan mereka mungkin tidak boleh bersabar dan kekal tenang jika berada di tempat Dr Muszaphar.

Dalam pada itu, Dr Muszaphar memaklumkan cermin depan keretanya retak disebabkan aktiviti melompat anak-anaknya itu.

Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina telah mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan telah dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah serta kembar sepasang diberi nama  Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.rotikaya.com/

Previous articleMinta Suami Hantar Untuk Checkup Hamil, Isteri Kena Marah
Next articleUstaz Ebit Lew Ziarah KeIuarga 2 Beradik Tjtuh Dari Jmbatan Gant0ng Undng $eb4k Ramai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here