Home Petua Tips Majikan blasah ‘b0dyguard’ berpuasa, Mangsa tak melawan kerana tidak mahu situsi tambah...

Majikan blasah ‘b0dyguard’ berpuasa, Mangsa tak melawan kerana tidak mahu situsi tambah kecoh

470
0

DUA pengawal peribadi yang mendakwa dibelash dan diacukan p1stol oleh majikan hanya kerana berpuasa tampil menceritakan apa yang sebenarnya berlaku terhadap mereka.

Kedua-duanya tampil bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mendedahkan apa yang berlaku dan pendedahan itu turut disiarkan secara langsung di Facebook hari ini.

Menurut Mohd Azminizam Zulkepli, 44, kejadian berlaku pada 13 April lalu atau hari pertama Ramadan dan bermula di sebuah kondominium di ibu negara.

“Saya bersama kawan saya, Shamsuri Zailani, 27, dan dua lagi ‘bodyguard’ bekerja hari itu.

Saya ketika itu berpuasa dan sehari sebelum itu kami sudah dapat panggilan daripada seorang lelaki yang mengatakan kami tidak boleh berpuasa.

“Tetapi kami tetap berpuasa pada 13 April lalu dan bertugas seperti biasa serta tidak menunjukkan yang kami berpuasa.

“Pada hari itu ada seorang lelaki bertanya pada kami kira-kira jam 6.30 petang sama ada kami berpuasa atau tidak dan kami berdua menjawab berpuasa,” katanya dalam sidang media yang disiarkan melaui Facebook Tok Singa Fans hari ini.

Menurutnya, ketika mereka berdua ingin pulang dari kondominium terbabit bersama majikan tiba-tiba ditanya lagi soalan mengenai puasa itu namun oleh majikan pula.

“Di depan pintu lif kami ditanya lagi soalan sama tetapi oleh majikan pula dengan disusuli provokasi seperti lempang, tvmbuk, ketuk kepala dan semuanya.

“Majikan cakap pada saya awak mahu cabar saya.. orang sudah cakap tak boleh puasa kenapa puasa juga dan kami ditmpar, pvkul kepala dengan telefon bimbit secara bergilir-gilir hingga masuk dalam lif,” katanya.

Shamsuri pula berkata, mereka masih diprovokasi ketika di lobi kondominium hingga naiki kereta untuk balik rumah majikan di Bukit Tinggi, Klang.

Menurutnya, di rumah majikan kira-kira 20 pekerja lain sudah kumpul menunggu mereka dan majikan masih tidak puas hati serta terus membuat provokasi mengenai agama.

“Kami dipvkul dan dijadikan seperti ‘show’ pada pekerja lain seperti mahu tunjuk kalau tidak ikut kehendak majikan ini adalah hukumannya.

“Situasi ketika itu dimana pekerja lain yang ramai dan kami hanya berdua dengan keadaan ada snjata masa itu berfikir sama ada nak jadikan keadaan lebih kecoh di situ dengan melawan atau ada jalan lain atau sekadar bertahan.

“Selepas dipvkul ditanya lagi nak ikut Allah atau ikut majikan dan tidak mahu keadaan itu berpanjangan kami menjawab ikut bos,” katanya.

Mohd Azminizam turut memaklumkan pistol dalam simpanannya kemudian dirampas dan dicekah di depan mukanya sebelum majikan itu mengatakan akan memberikannya kembali keesokan hari, namun mereka berdua tidak kembali bekerja selepas itu serta membuat laporan polis mengenai apa yang berlaku.

Kedua-dua pengawal peribadi itu turut menyeru kepada pengawal atau pemandu peribadi yang ditindas oleh majikan supaya tampil membuat laporan polis agar tidak berlaku seperti yang menimpa mereka berdua.

Msiapost

Previous articleKes bel4sah `b0dyguard’ berpuasa, Skali pol1s buat pemeriksaan di sebuah rumah salah seorang suspek
Next article(Video) R4kaman Detik2 Angin kenc4ng dan hujan leb4t, rider m4ut dihemp4p pokok tumbang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here