Home Petua Tips Ashraf Sinclair meningg4l dalam tidur

Ashraf Sinclair meningg4l dalam tidur

223
0

PENGURUS kepada pelakon Ashraf Sinclair, Daysz Erlangga mengesahkan pelakon itu menghembuskan nafas terakhir pada

jam 4.51 pagi hari ini di Hospital MMC, Jakarta, Indonesia.

Daysz ketika dihubungi berkata, dia amat sed1h dengan pemergian Ashraf yang juga suami kepada penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Cinta Lestari atau BCL.

“Dengan rasa sed1h, saya mengumumkan kehilangan suami kepada BCL dan ayah kepada Noah Sinclair,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Difahamkan, Allahyarham meningg4l dunia dalam tidur dipercayai akibat ser4ngan jntung.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi adik kepada Ashraf yang juga penyampai radio, Aishah Sinclair tidak berjaya.

Difahamkan, Aishah dan ibu bapa mereka sudah berlepas ke Jakarta awal pagi hari ini.

Ashraf mula dikenali ramai sejak membintangi filem Gol dan Gincu pada 2005.

Ashraf berkahwin dengan BCL pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.

Pemergian suami Bunga Citra Lestari (BCL), Ashraf Sinclair, mengejutkan ramai rakan artis Indonesia, pagi ini.
Pelakon berusia 40 tahun itu meninggal dunia di sini, kira-kira jam 4 pagi tadi.

Kompas melaporkan selebriti Indonesia merakamkan takziah di media sosial milik Allahyarham Ashraf dan BCL.

Pelakon Dian Sastrowardoyo meninggalkan pesan di akaun Instagram Ashraf ashrafsinclair:

“Semoga dipermudah semua urusannya, semoga dikuatkan keluarganya. Masih tidak percaya ini terjadi,” tulis Dian disertai emoji menangis di akaun rasminya @therealdisastr.

“Inalilahiwainaillaihi rojiun semoga amal ibadah ash di terima Allah SWT, Allah mengampuni semua d0sa-d0sa Ash, dan dapat ditempatkan di surga Allah,” tulis Bella atau pelakon Laudya Cynthia Bella yang juga isteri kepada Engku Emran

di akaun @laudyacynthiabella.

“Kabar yang menghancurkan. Kami mencintaimu, terima kasih atas kebaikanmu. Belasungkawa mendalam dan doa untuk semua keluarga. Semoga kamu mendapat tempat tertinggi di Jannah,” tulis aktres Hannah Al Rashid di akaun @hannahalrashid.

Ramai rakan artis lain yang terkejut dengan pemergian Ashraf juga turut memuat naik ucapan takziah di akaun Instagram.

Antaranya, Yuni Shara, Cathy Saron, Luna Maya, Rionaldo Stokhorst dan Sandra Dewi.

Ashraf meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki yang baru berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.

Sumber : hmetro

Previous articleDari Cinta M0nyet Ke Pelamin, Gadis Kongsi Foto ‘Throwback’ Zaman Sekolah Buat Netizen Awh
Next articlePermintaan Dan Pesanan Terakhir Arwh Abam Pada Isterinya Nor Hidayah,Ada Kaitan Dengan Hamzah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here