Berjauhan dengan insan tersayang terutamanya ibu bapa merupakan satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Begitulah perasaan kanak-kanak ini apabila terpaksa menanggung rindu terhadap ibu tercinta.
Berdasarkan satu video yang dikongsikan oleh Melliringallery di TikTok memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali dengan nama Imran tidak dapat menahan sebak selepas membaca nota daripada ibunya. Difahamkan, ibu Imran dikatakan sedang bekerja dan tidak dapat pulang ke rumah.
Oleh itu, dia telah menggunakan khidmat ‘surprise delivery’ untuk memberikan hadiah kepada Imran. Semasa penghantaran hadiah dilakukan, individu ini meminta Imran untuk membaca nota yang ditulis oleh ibu tercinta. Pada awalnya, Imran kelihatan tenang tetapi akhirnya air mata anak kecil ini jatuh juga selepas membaca nota ucapan tersebut.
Mama rindu Imran, belajar rajin-rajin ye. Nanti mama cuti mama balik. Mama minta maaf sebab tinggalkan…
Video
Video tersebut telah mendapat sebanyak 540k tontonan dan 74k tanda suka. Malah, di ruangan komen juga rata-rata netizen turut bersedih melihat tangisan Imran yang sedang merindui ibu tercinta. Mereka turut memberi kata-kata semangat buat Imran supaya dia lebih kuat dan sabar menanti kepulangan si ibu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .
Sumber : videoviral